1. SEGAK ialah singkatan dari perkataan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia. Perkataan SEGAK telah diputuskan oleh Menteri Pendidikan Malaysia pada tahun 2006. SEGAK juga membawa maksud murid-murid sekolah mempunyai imej dan perawakan yang SEGAK serta kelihatan sihat dan cergas. Perkataan SEGAK juga sesuai bagi penampilan murid lelaki dan perempuan.
  2. SEGAK adalah satu bateri ujian standard   kecergasan fizikal bagi mengukur tahap kecergasan fizikal murid berdasarkan kesihatan.  Komponen kecergasan fizikal yang diukur dalam SEGAK terkandung dalam kurikulum Pendidikan Jasmani sekolah rendah dan menengah. Bateri ujian SEGAK juga mempunyai norma berdasarkan murid sekolah di Malaysia mengikut umur dan jantina.  Hanya instrumen Indeks Jisim Badan (Body Mass Index- BMI) yang menggunakan norma dari WHO, 2007.
  3. Matlamat SEGAK adalah supaya murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan yang optimum.
  4. Objektif SEGAK adalah murid dapat:

4.1        Mengukur dan merekodkan tahap kecergasan fizikal kendiri;

4.2        Menganalisis dan mentafsir kecergasan fizikal kendiri;

4.3        Mengetahui tahap kecergasan fizikal kendiri;

4.4        Merancang dan melakukan tindakan susulan bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal; dan

4.5        Mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat untuk mencapai tahap kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan yang optimum.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


  1. Ujian SEGAK telah dilaksanakan kepada murid sekolah di Malaysia mulai tahun 2008  yang melibatkan murid Tahun 4 hingga Tahun 6, Kelas Peralihan dan Murid Tingkatan hingga Tingkatan 5 yang berusia 10 hingga 17 tahun.  Ujian SEGAK dilaksanakan secara standard seluruh negara pada bulan Mac dan Ogos.  Terdapat lima instrumen dalam bateri Ujian SEGAK, iaitu:
  2. Pengiraan Indeks Jisim Badan
  3. Ujian Naik Turun Bangku selama 3 minit
  4. Ujian Tekan Tubi atau Tekan Tubi Ubah Suai
  5. Ujian Ringkuk Tubi Separa
  6. Ujian Jangkauan Melunjur

PELAPORAN SEGAK

  1. Keputusan ujian SEGAK direkodkan dengan menggunakan Borang SEGAK Sekolah Rendah (BSSR) sebaik sahaja selesai ujian. Dapatan bagi setiap ujian SEGAK akan dirujuk kepada norma SEGAK mengikut umur dan jantina murid untuk mendapatkan skor.  Skor SEGAK juga dimuatnaik dalam Aplikasi APDM-Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)-SEGAK.  Keputusan ujian SEGAK dilaporkan seperti berikut:

6.1 Keputusan ujian Indeks Jisim Badan

6.2 Keputusan ujian fizikal

  1. Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2 Tahun 2016 dan Buku Panduan SEGAK, data ujian SEGAK perlu dilaporkan. Pelaporan SEGAK memberi maklum balas kepada murid, guru, pentadbir sekolah, ibu bapa, dan pihak berkepentingan tentang tahap kecergasan fizikal murid. Melalui maklum balas tersebut tindakan susulan dapat dirancang dan dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal seseorang murid.

DISEDIAKAN OLEH

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM