Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah pun mengeluarkan Jadual Pembayaran Gaji bagi tahun 2018 untuk Penjawat Awam Malaysia. Tentu ramai yang ingin melihat apakah tarikh gaji pekerja kerajaan untuk tahun hadapan.

Nama Pekeliling Jadual Gaji 2018: Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 6 Tahun 2017 Tarikh dan Peraturan Pembayaran Gaji Tahun 2018

Pekeliling Bayaran Gaji 2018

Kebiasaanya gaji kakitangan kerajaan akan masuk ke akaun bank pada setiap 25 hari bulan, namun terdapat juga pembayaran diawalkan atas sebab-sebab tertentu, seperti pada bulan tersebut ada perayaan utama negara. Perayaan yang diambilkira oleh kerajaan biasanya adalah seperti berikut:

  • Hari Raya Aidilfitri
  • Hari Raya Aidiladha
  • Tahun Baru Cina
  • Hari Raya Haji
  • Hari Deepavali

Pembayaran gaji akan diawalkan supaya memberi peluang kepada mereka untuk membuat persediaan berbelanja sebelum perayaan tiba. Namun begitu ada juga yang tidak begitu ‘senang’ dengan kaedah tersebut, kerana bimbang wang mengalir cepat sehingga poket ‘kekeringan’ di tengah bulan menunggu gaji masuk semula.

Walaubagaimanapun, sebagai penjawat awam yang bijak mengurus kewangan, kita semua sudah sedia maklum tarikh gaji 2018 ini, maka eloklah membuat perkiraan dan perancangan awal suapaya tidak terlebih guna sebelum tiba masanya. Kata orang, biarpun gaji masuk awak, tetap tunggu 25hb baru guna.

Jadual Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Kerajaan 2018

BULAN TARIKH HARI CATATAN
Januari 25/01/2018 Khamis
Februari 08/02/2018 Khamis Tahun Baru Cina 16 (Jumaat) & 17 (Sabtu) Februari 2018
Mac 22/03/2018 Khamis
April 25/04/2018 Rabu
Mei 24/05/2018 Khamis
Jun 07/06/2018 Khamis Hari Raya Puasa 15 (Jumaat) & 16 (Sabtu) Jun 2018
Julai 18/07/2018 Rabu
Ogos 14/08/2018 Selasa Hari Raya Haji 22 Ogos 2018 (Selasa)
September 25/09/2018 Selasa
Oktober 25/10/2018 Khamis
November 22/11/2018 Khamis Hari Deepavali 6 November 2018 (Rabu)
Disember 18/12/2018 Isnin

Berdasarkan tarikh di atas, kita boleh lihat terdapat beberapa bulan yang gajinya dibayar awal, iaitu pada bulan Februari, Jun dan Ogos:


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


  • 08/02/2018 – 21/03/2018 = 42 hari
  • 07/06/2018 – 24/07/2018 = 48 hari
  • 14/08/2018 – 24/09/208 = 42 hari

Kebiasaannya penjawat awam boleh melihat slip gaji atau penyata gaji mereka di laman sesawang epenyata gaji dalam 2 atau 3 hari sebelum gaji diterima.

Antara perkara penting yang anda perlu buat semakan adalah Kenaikan Gaji Tahunan (KGT), pastikan gaji yang anda terima berdasarkan gaji semasa anda. Jika ada kelewatan menerima KGT anda boleh merujuk kerani kewangan di pejabat / sekolah anda.

Berikut pula lampiran 1 dari Pekeliling Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2018

gaji kerajaan 2018

Anda juga boleh save gambar kalendar di bawah yang telah disertakan tarikh gaji 2018:

Gaji kerajaan 2018

Tips dan Pesanan

Bagaimana cara untuk memastikan perbelanjaan kita tidak melebihi dari sumber kewangan yang kita ada?

Antara tips yang dikongsikan oleh rakan-rakan adalah seperti berikut:

Bayar terlebih dahulu perkara penting, seperti rumah, kereta, elektrik, air, bil telefon dan apa-apa bil yang ada. Kemudian perbelanjaan dapur, dan keperluan harian lain. Simpan sekurang-kurangnya 10% atau 20% dari gaji (kalau mampu lebih lagi baik). Lebih itu, barulah gunakan untuk membeli keperluan lain-lain.

Selain itu, ada juga yang memberi nasihat supaya bijak membezakan antara keperluan dan keinginan, keperluan adalah perkara yang kita perlu ada, jika tiada akan memberi masalah kepada kita. Manakala keinginan pula perkara yang jika tiada pun tiada masalah bagi kita.

Bagi yang mempunyai pendapatan sampingan, mungkin sedikit sebanyak dapat meringankan beban kewangan yang ada, namun hendaklah kerja sampingan itu tidak mengganggu tugas hakiki.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut mengenai Jadual Gaji dan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM), Kementerian/ Jabatan dan Pejabat Perakaunan boleh merujuk kepada pihak berikut:

Pengarah Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 3, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana 62594, Presint 2 Putrajaya
u/p: Unit Pengurusan Prestasi
emel : unit_prestasi@anm.gov.my
No. Telefon : 03-8882 1624/1612/1622/1611

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u