Fail Buku Rekod Mengajar kini digunakan secara meluas oleh kebanyakan sekolah, boleh dikatakan juga ia ‘diminati’ oleh guru-guru kerana ia lebih cepat dan kemas berbanding menggunakan Buku RPH. Penggunaan fail untuk ringkasan mengajar sebenarnya dibenarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia berdasarkan surat pekeliling ikhtisas bil 3/1999.
Dalam SPI tersebut ada menyebut:
Rekod Pengajaran dan Pembelajaran hendaklah mengandungi 2 unsur sahaja iaitu:
- Rancangan Pelajaran Tahunan RPT
Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. - Rancangan Pelajaran Harian
Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai.
Rekod Pengajaran dan Pembelajaran bolehlah disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. Ia haruslah diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa. Bahan-bahan lain yang berkaitan dengan penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian juga perlu diurus dengan baik dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihk yang diberi kuasa.
Istilah yang digunakan di dalam pekeliling ini mungkin tidak sesuai dengan era abad 21 ini, namun ayat yang menyatakan ‘bolehlah disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah’ masih lagi relevan.
Selain menggunakan buku dan fail, ada juga yang menggunakan RPH secara atas talian ‘online’ eRPH, namun mungkin tidak ramai lagi yang menggunakannya. Walaubagaimanapun ia tetap dibenarkan, selaras dengan penggunaan teknologi semasa serta mengurangkan penggunaaan kertas dalam kehidupan seharian.
Kini terdapat banyak contoh Fail Ringkasan Mengajar atau BRM yang dihasilkan oleh guru-guru, ada pelbagai jenis dan warna yang cantik dan menarik. Namun secara umumnya Fail RPH itu mengandungi perkara berikut:
- Muka Depan: Nama, No Kad Pengenalan, Nama Sekolah, Tahun
- Isi Kandungan
- Rukun Negara
- Falsafah Pendidikan Kebangsaan
- Visi dan Misi KPM
- Surat Pekeliling Ikhtisas:
PEKELILING | TAJUK |
Bil 6/1985 | Peraturan Pakaian Guru di Sekolah |
Bil 4/1986 | Panitia Mata Pelajaran |
Bil 3/1987 | Penyeliaan Pengajaran – Pembelajaran di Dalam Kelas Oleh Pengetua/Guru Besar Sekolah |
Bil 3/1999 | Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran |
Bil 7/2001 | Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas di Sekolah |
- Biodata Guru
- Tugas dan Tanggungjawab: Kurikulum, Hal Ehwal Murid, Kokurikulum
- Jadual Waktu Persendirian
- Jadual Waktu Kelas
- Takwim KPM
- Takwim Sekolah
- Hari Kelepasan Am dan Negeri
- Senarai Buku Teks dan Buku Rujukan Guru
- Rancangan Pelajaran Tahunan
- Rancangan Pengajaran Harian
- Penyeliaan / Pertemuan / Perbincangan Profesional / PLC
- Seminar / Kursus / Mesyuarat
- Headcount TOV
- Senarai Nama Murid
- Rekod Prestasi Murid
- Catatan
Setiap RPH juga mengandungi pembahagi ‘devider’ untuk memebezakan rancangan harian mengikut minggu supaya ia nampak lebih kemas dan tersusun.
Fail yang digunakan kebiasaanya yang berwarna putih dan bersaiz besar, kerana ia lebih nampak bersih dan mempunyai cukup ruang untuk dimasukkan kertas setiap minggu.
Namun begitu, apabila tiba hari untuk penghantaran RPH, tidak perlu dihantar 1 fail, cukup sekadar hantar isi pada minggu tersebut sahaja. Penghantaran 1 fail lengkap mungkin boleh dibuat 1 kali sahaja unutk semakan dan penyeliaan.
Isi kandungan yang ada di senaraikan tadi, mungkin berbeza bagi setiap sekolah, anda boleh tambah atau buang mengikut keperluan yang telah ditetapkan oleh Sekolah / PPD atau JPN masing-masing.
Di sini juga admin ingin kongsikan beberapa Contoh Fail Rekod Pengajaran Harian yang telah dihasilkan oleh guru-guru kita untuk penggunaan 2018 nanti:
Fail | Hasil Rekaan |
Fail Ringkasan Mengajar | Raihan Jalaludin |
Fail Rekod Persediaan mengajar: | Elrine Johini |
Fail RPH 2018 Unzip / Extract terlebih dahulu guna winrar |
Marcus MB |
Devider Tanpa Tarikh | |
Pembahagi Mingguan Kumpulan A | Hayati Husin |
Pembahagi Mingguan Kumpulan B | |
Jadual Minggu Persekolahan |
Koleksi ini merupakan hasil rekaan guru-guru yang kreatif dan rajin, semoga mereka diberikan limpahan rezeki seisi keluarga. Semoga perkongsian ini dapat memudahkan anda semua khasnya guru-guru yang menggunakan fail dalam membuat RPH.
Sila kongsikan kepada rakan taulan dengan menekan butang share di bawah. Sekiranya anda mempunyai fail yang ingin dikongsi boleh hantar ke pendidik2u@gmail.com atau ke facebook Pendidik2u.