Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan iklan kekosongan jawatan di Bahagian Psikologi dan Kaunseling, KPM iaitu bagi jawatan berikut: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Kaunselor) Gred DG 48/52 (KUP) Dan DG 54

Jawatan Kosong:

  • Timbalan Setiausaha Bahagian PPP (Kaunselor) Gred DG54
  • Ketua Penolong Setiausaha PPP (Kaunselor) Gerd DG48/52 (KUP)
  • Kementerian: Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional
  • Klasifkasi Perkhidmatan: Perkhidmatan Sosial

BPsK mempelawa pegawai-pegawai yang berminat dan berkelayakan di bawah pentadbiran bagi mengemukakan permohonan untuk disaring dan ditemuduga sebelum dilantik mengisi kekosongan jawatan tersebut.

Syarat Permohonan:

  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Pegawai KPM sahaja) gred DG 48/52/54 (KUP) sahaja.
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang dikiktiraf setaraf dengannya. (Menepati Jadual Akta Kaunselor 1998 (Akta 580).
  • Penilaian Prestasi (LNPT/PBPPP) melebihi 85% bagi 3 tahun terkini.
  • Bebas tindakan tatertib/SPRM/Pinjaman tegar.
  • Mempunyai pengalaman dan kemahiran yang sesuai dengan bidang tugas kaunseling dan pengurusan.
  • Calon-calon yang berdaftar dan mendapat Sijil Perakuan Amalan dari Lembaga Kaunselor Malaysia akan diberi keutamaan.
  • Diperakukan oleh Ketua Jabatan.

Cara Memohon:


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


  1. Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang BPsk/001/002.
  2. Permohonan hendaklah dikemukakan melalui Ketuan Jabatan masing-masing yang disertakan dengan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini dan Markah Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT/PBPPP) unutk 3 tahun terakhir.
  3. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil-sijil kelayakan, salinan kad pengenalan, sijil kelahiran yang telah disahkan.
  4. Borang Permohonan yag telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 32cm x 22cm ke alamat berikut:

Setiausaha Bahagian,
Bahagian Psikologi, dan Kaunseling,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 1, Blok E9, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya
(U.P: UNit Pentadbiran dan Kewangan)

Perkara
Surat Iklan Jawatan Kosong
Iklan Jawatan
Borang Permohonan 
BPsk/001/002

Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat tidak akan diterima.
Calon yang layak akan dipanggil untuk ditemuduga sekurang-kurangnya 1 bulan dari tarikh tutup iklan ini.

Tarikh Tutup Permohonan:
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan sebelum atau pada 26 Disember 2017

Kemaskini: Tarikh Tutup dilanjutkan sehingga 26 Januari 2018

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian berikut:

  • Puan Nurul Wardah Binti Kusiadi: 03-8872 1714
  • Encik Nor Affendi bin Ibrahim: 03-8872 1709

Semoga info dan maklumat ini dapat membantu anda mendapatkan info yang tepat dan bermanfaat, jangan lupa unutk kongsikan bersama rakan-rakan yang berminat.