Sudahkah anda login Frog Vle hari ini? Tentu ramai yang belum bukan, kita tidak nafikan bukan semua sekolah aktif dalam penggunaan ‘katak’ ini.

Program Virtual Learning ini sebenarnya di bawah projek 1Bestarinet, diusaha sama oleh Frog Asia, ia merupakan medium untuk membolehkan guru dan murid bersama menggunakan pembelajaran dalam dunia digital.

Walaupun ia telah ‘bertapak’ bertahun di sekolah-sekolah namun KPI penggunaannya masih lagi rendah. Bahkan tidak terkejut jika ada sekolah yang muridnya langsung tidak pernah guna.

Terdapat beberapa faktor yang menjadi punca mengapa penggunaannya amat rendah di sesetengah sekolah iaitu:

  • Tiada kemudahan komputer atau laptop yang mencukupi di sekolah.
  • Tiada akses internet di sekolah.
  • Murid tidak ada laptop dan capaian internet di rumah.
  • Kekangan masa.

Ini adalah faktor yang selalu kita dengar dari rakan-rakan sekolah yang lain. Namun ada juga sekolah-sekolah yang mempunyai kelengkapan yang cukup, makmal komputer yang lengkap dan jumlah murid yang ramai, tetapi Frog Vle nya tidak ‘aktif’, mungkin ini faktor pentadbiran dan pengurusan.

Sebahagian guru juga telah diberikan Smarphone Yes beserta Sim Kad percuma data 2 GB untuk menggalakkan penggunaan frog ini.

Dalam Smartphone tersebut juga telah di install aplikasi-aplikasi frog iaitu:

  • Frog Chat
  • Frog Snap
  • Frog Assignment

Frog Vle Login: Panduan Cari Url Sekolah

Setiap sekolah rendah dan menengah ada URL nya yang tersendiri, iaitu letak kod sekolah di awal url 1bestarinet.net contohnya:

FROG VLE LOGIN
LAMAN WEB SEKOLAH
https://kodsekolah.1bestarinet.net
Contohnya: https://jba1132.1bestarinet.net

Sekiranya tidak berjaya, boleh rujuk Admin Sekolah anda. Selepas masuk ke URL sekolah, anda bolehlah log masuk, paparan seperti berikut:

Frog Vle

Isi Yes ID anda iaitu emel Yes anda, kemudian masukkan password yang telah anda set kan.

Bagaimana jika terlupa kata laluan?

Anda boleh rujuk Admin Vle Frog anda, minta dia resetkan password anda.

Sekiranya ada masalah boleh cuba hubungi:

HelpDesk Frog Vle  018-799 8787

Bagaimana cara untuk memastikan sekolah kita dapat capai KPI Frog Vle?

Tips ini telah dikongsikan oleh Raihan Jalaludin di blognya, hasil perkongsian juga dari

  • Puan Mardiana Binti Kamil
  • Puan Normie Azura Binti Abdul Jamil
  • Encik Khiril Firmansyah
  • Encik Mohd. Kamal Iskandar Bin Mohd Shafri

Terdapat 11 tips yang telah dikongsikan iaitu:

  1. Circle untuk kiraan KPI bermula pada hari khamis hingga rabu minggu hadapannya. Jadi anda boleh target bilangan murid yang akan bantu capaikan KPI pada minggu tersebut.
  2. Kiraan KPI hanya tertakluk kepada penggunaan murid, penggunaan guru tidak diambil kira. Oleh itu kalau beratus guru login tetapi murid langsung tak login ia tidak memberi kesan kepada peratus penggunaannya.
  3. Murid wajib login sekurang-kurangnya 10 minit, kalau lebih lagi bagus. Maknanya kalau buka, kemudian tutup ia masih tidak memberi apa-apa makna.
  4. Admin frog vle perlu semak unique user, bilangan inilah yang menentukan pencapaian KPI tersebut.
  5. Bagi memastikan sekolah anda mencapai KPI tersebut, anda perlu pastikan 20-25% dari bilangan murid login dan menggunakan Frog Vle dalam tempoh seminggu. KPI yang ditetapkan adalah 20% tetapi disarankan untuk target lebih tinggi kerana dikhuatiri ada yang login kurang dari 5 minit.
  6. Dalam seminggu 20-25% murid yang login mestilah murid yang berbeza, murid yang sama tidak diambil kira untuk pengiraan KPI.
  7. Tentukan bilangan murid unutk mencapai KPI Contohnya:
    JUMLAH MURID 450
    20% MURID 90
    Jadi setiap minggu perlu pastikan 90-100 orang murid login dan aktif menggunakannya.
  8. Dapatkan kerjasama dari pentadbir sekolah, demi memastikan’katak ini tidak hanya bertelur sahaja’, ia perlu digunakan di dalam PdPc.
  9. Untuk memastikan murid menggunakannya, guru-guru bolehlah menyediakan bahan, latihan, kuiz atau sebagainya kepada murid. Sekarang ada Frog Play, bolehlah murid main game tersebut.
  10. Perlu kerjasama semua, ubah sikap dan mentaliti.
  11. Rancang jadual penggunaan makmal komputer, galakkan murid supaya minat menggunakannya.

Semoga tips dan panduan frog vle ini sedikit sebanyak dapat membantu anda meningkatkan lagi penggunaannya di sekolah anda.

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u
SILA KONGSIKAN KEPADA RAKAN-RAKAN DENGAN MENEKAN BUTANG DI BAWAH: