Memiliki rumah sendiri merupakan impian semua, namun bukan semua dapat membeli rumah yang diinginkan memandangkan harga rumah yang melambung tinggi, namun kita perlu tahu had kelayakan pinjaman perumahan bagi penjawat awam di Malaysia.

Ini merupakan salah satu kelebihan yang ada bagi penjawat awam, iaitu kemudahan Pinjaman atau Pembiayaan Perumahan Sektor Awam yang kini diuruskan di bawah Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam. Oleh itu disenaraikan di bawah ini Had Kelayakan Pinjaman Perumahan LPPSA

Jadual Kelayakan Baru Pembiayaan Perumahan Sektor Awam

NO. Gaji Pokok + Elaun Tetap*
(RM)
Kelayakan Maksimum
(RM)
1. 6,500 dan ke atas 750,000
2. 6,000 720,000
3. 5,700 680,000
4. 5,500 650,000
5. 5,000 600,000
6. 4,700 560,000
7. 4,500 540,000
8. 4,300 510,000
9. 4,000 470,000
10. 3,800 450,000
11. 3,500 420,000
12. 2,900 340,000
13. 2,300 270,000
14. Sehingga 1,700 200,000

Elaun tetap yang diambil kira adalah:

  1. Imbuhan Tetap Perumahan (ITP)/ Elaun Perumahan Wilayah (EPW);
  2. Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA)/ Imbuhan Tetap Keraian (ITK); dan
  3. Imbuhan Tetap Jawatan Utama/Khas (ITJU).

Kelayakan adalah tertakluk kepada:

  1. Anggaran Bayaran Balik (ABB) tidak melebihi 60% daripada gaji pokok dan
    elaun tetap; dan
  2. Anggaran baki pendapatan tidak kurang daripada RM200 mengambil kira
    potongan bulanan yang tertera pada slip gaji.

Nota: Selaras dengan keputusan Kerajaan melalui Ucapan Bajet 2017, kelayakan
pembiayaan perumahan sektor awam adalah mengambil kira gaji pokok dan elaun
tetap seperti yang dinyatakan dalam jadual di atas.

Jadual ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2017.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Pusat Panggilan LPPSA di talian 03-88801600 atau melalui portal aduan/pertanyaan rasmi LPPSA di
www.lppsa.gov.my

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u
SILA KONGSIKAN KEPADA RAKAN-RAKAN DENGAN MENEKAN BUTANG DI BAWAH: