Sesuatu perkara perlu dimulakan dari awal, begitulah juga kerja-kerja harian guru, kini sesi persekolahan telah seminggu bermula, saya percaya minggu pertama ni, cikgu-cikgu sangat sibuk, sibuk menguruskan hal murid, hal fail dan juga hal sendiri.

Pernah baca tak tips yang Cikgu Giyong pernah kongsikan beberapa tahun lepas, yang mana beliau kongsikan tips untuk mengemas meja guru agar kelihatan kemas dan cantik. Walaupun orang lelaki, tetapi tidak terlepas dari mahukan kekemasan terutamanya meja guru.

meja guru cantik

Kali ini beliau telah kongsikan pula cara untuk mengurus buku murid. Memandangkan kebanyakan guru mengajar banyak kelas dan subjek, maka buku tulis mereka pun perlu diuruskan dengan baik agar tidak hilang begitu sahaja.

Mari kita baca tips yang dikongsikan beliau ini:

Salam Sejahtera.
Cara uruskan buku latihan murid.

  1. Kutip dan labelkan di tepi buku mengikut kelas. (Contoh kelas 2A warna hijau, 2B warna merah dan lain-lain). Cikgu terus boleh kenalpasti buku tu dari kelas mana dan elakkan murid hantar buku yang salah.
  2. Boleh juga tulis nombor mengikut dalam senarai nama. Cikgu terus dapat kenalpasti siapa yang tidak hantar buku. (Memandangkan minggu pertama senarai nama belum stabil, mungkin ada pergerakan murid, so, aku belum label dulu).
  3. Semak mengikut giliran. Buku yang hendak disemak sahaja diletak atas meja. Buku lain ikat dan letak dlm kotak/ rak di bawah/ tepi meja. JANGAN LONGGOK ATAS MEJA.
  4. Murid kelas hujung, digalakkan cikgu simpan buku mereka kecuali kalau ada kerja rumah, baru boleh bawa balik.

Semoga bermanfaat.
Terima kasih.
Sharing is caring

cara label buku tulis

Tips dari: Giyong Nor Muhamad

Apabila dah ada panduan ni, eloklah mulakan operasi mengutip buku murid, labelkan awal-awal, bukan apa, kadang-kadang tak cukup buku, cikgu yang lambat terpaksalah menunggu murid beli buku baru.

susun buku tulis

Ada juga guru yang menaip nama murid mereka di kertas stiker dan ditampal di buku tulis, supaya semuanya nampak selaras. Ia terpulanglah kepada guru sama ada ingin berbuat demikian atau tidak, yang penting nama hendaklah ditulis dengan betul dan menggunakan nama penuh.

Semoga perjalanan sesi persekolahan tahun ini akan menjadi lebih lancar dan tersusun. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan anda.

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u
SILA KONGSIKAN KEPADA RAKAN-RAKAN DENGAN MENEKAN BUTANG DI BAWAH: