Majoriti rakyat Malaysia telah sedia maklum bahawa Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) telah diganti dengan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR). Sejumlah 4.1 juta orang rakyat Malaysia telah menerima bantuan ini pada Jun yang lalu.Bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM 1.6 bilion.

Sejumlah peruntukan yang sama juga telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan bagi bantuan peringkat ketiga pada bulan Ogos baru-baru ini. Ini membuktikan kerajaan Malaysia komited dalam mengutamakan kepentingan rakyat biarpun berdepan dengan hutang negara yang tinggi.

BANTUAN SARA HIDUP RAKYAT

Walaupun, BR1M telah ditukar kepada BSHR, namun penerimanya dikekalkan bagi tahun 2018. Namun, kelayakan penerima akan dikaji semula pada masa akan datang.

Jumlah Bantuan Wang Sara Hidup Mengikut Kategori

Bagi tahun 2018, bayaran BSHR telah dibuat sebanyak 3 kali iaitu pada Februari, jun dan Ogos 2018. Jumlah bayaran mengikut kategori adalah seperti berikut:

  1. Kategori isi rumah atas RM3K – RM4K

Bagi rakyat Malaysia yang berpendapatan bulanan sebanyak RM 3,001.00 hingga RM 4,000 sebulan, jumlah bantuan yang diterima adalah sebanyak RM 900.00 setahun.

Penerima menerima bantuan sebanyak RM 300.00 pada bulan Februari, Jun dan Ogos 2018.

  1. Kategori Isi Rumah Bawah RM 3K

Bagi rakyat Malaysia yang berpendapatan bulanan kurang daripada RM 3,000.00 sebulan, jumlah bantuan yang diterima adalah sebanyak RM 1,200.00 setahun.

Jadi penerima akan menerima sejumlah RM 400.00 untuk satu kali bantuan.

Semakan Status Permohonan BSHR

Cara menyemak status permohonan BSHR masih sama dengan semakan BR1M. Pemohon boleh membuat semakan dengan melayari Laman Web Bantuan Sara Hidup Rakyat di link di bawah:


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


SEMAKAN

Langkah-langkah membuat semakan adalah seperti berikut:

  1. Masukkan nombor Kad Pengenalan (12 digit) di ruangan yang disediakan. Contoh: 860101101234
  2. Klik butang “Log Masuk”
  3. Sekiranya akaun anda wujud, anda akan menerima paparan 2 soalan keselamatan. Anda harus menjawab kedua-dua soalan ini dengan betul.

Soalan dan jawapan bagi soalan keselamatan ini adalah berdasarkan maklumat terakhir yang pernah anda kemas kini. Anda hanya memiliki 3 peluang untuk menjawab soalan-soalan ini dengan betul.

  1. Setelah menjawab dengan betul, ada akan dibawa ke paparan MyBSR.
  2. Klik butang ‘Semakan Status”
  3. Klik butang cetak untuk rekod simpanan anda.

Mekanisme Penyerahan wang Bantuan Sara Hidup Rakyat

Penyerahan wang BSHR telah dibuat melalui 2 kaedah:

Kaedah 1: Penyerahan Baucer

Penunaian baucer BSHR hanya boleh dibuat di Bank Simpanan Nasional sahaja. Bagi penerima yang menerima baucer, anda harus membawa bersama dokumen-dokumen berikut semasa ke bank:

  1. Surat Makluman Lulus
  2. Baucer BSHR
  • Kad Pengenalan asli.

Jika penerima kehilangan Kad Pengenalan/ MyKad, anda diminta segera ke Pejabat Pendaftaran Negara bagi mendapatkan salinan pengenalan sementara.

Kaedah 2: Pengkreditan ke Akaun

Bagi penerima yang menerima pengkreditan ke akaun, anda boleh terus menyemak akaun bank masing-masing untuk penunaian wang. Akaun bank yang terlibat adalah akaun yang didaftarkan dalam sistem MyBSHR.

Maklumat Talian

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan, anda boleh terus berhubung dengan pihak berkaitan melalui talian berikut:

Hotline Bantuan Sara Hidup Rakyat LHDNM

1-800-88-2716 (Waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)

Hotline Kementerian Kewangan

03-8882 4565/ 03- 8882 4566