Satu perjumpaan bersama ibu bapa dua pemain pasukan bola tampar perempuan bawah 14 tahun Melaka yang ditampar jurulatih, akan diadakan bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan insiden itu.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya memandang serius isu berkenaan dan akan memberikan kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia sekiranya ada laporan polis dibuat mengenainya.
Video Tampar Pemain: https://fb.watch/hOec4VtXFp/
INSIDEN MELIBATKAN JURULATIH DAN PEMAIN BOLA TAMPAR SEMASA KEJOHANAN BOLA TAMPAR REMAJA BAWAH 14 TAHUN DI KOTA TINGGI, JOHOR PADA 14-16 DISEMBER 2022
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merujuk kepada insiden yang tular di media sosial bertarikh 1 Januari 2023 berkaitan klip video yang melibatkan jurulatih Pasukan Melaka Bawah 14 Tahun (Wanita) yang didapati menampar
dua (2) orang pemain wanita pasukan tersebut.
KPM memandang serius terhadap isu yang dilaporkan oleh pihak media dan satu sesi perjumpaan dengan ibu bapa murid yang terlibat akan dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan laporan tersebut.
KPM juga akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) jika ada laporan polis dibuat mengenai insiden tersebut.
Pada masa yang sama, KPM juga akan meneruskan siasatan bagi tujuan tatatertib dan jika didapati bersalah, tindakan sewajarnya akan diambil.
KPM sentiasa komited untuk memastikan keselamatan dan kebajikan murid sentiasa menjadi keutamaan.









