Bagi mereka yang belum mengetahui bilakah cuti sekolah sempena Perayaan Tahun Baru Cina akan bermula, untuk itu kita perlu merujuk Takwim Persekolahan bagi sesi 2022/2023 kerana sekarang kita masih berada di sesi 2022/2023.
Manakala bagi Takwim 2023/2024 boleh rujuk di: Kalendar Akademik Takwim Persekolahan 2023/2024
Mari kita rujuk lampiran Cuti Perayaan Yang diperuntukkan oleh KPM bagi Tahun Baru Cina 2023:
Tahun Baru Cina adalah pada 22 Jan 2023 (Ahad) dan 23 Jan 2023 (Isnin). KPM telah memperuntukkan cuti tambahan:
KUMP A: 24 JAN 2023 (SELASA)
KUMP B: 20 JAN 2023 ( JUMAAT)
Memandangkan Tahun Baru Cina jatuh pada hari Ahad dan Isnin, maka hari Selasa turut akan cuti bagi kumpulan B.
Oleh itu, semua sekolah sama ada kumpulan A dan B akan mula bercuti pada 20-24 Jan 2023. Sesi persekolahan akan disambung pada 25 Jan 2023.
Ini sekiranya sekolah tidak mengambil cuti peristiwa pada minggu tesebut terutamanya bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.