Bolehkah keluar group whatsapp tanpa diketahui? Tanpa dikesan dan tanpa disedari?

Whatsapp merupakan salah satu medium komunikasi yang digunakan secara meluas di seluruh dunia. Boleh dikatakan whatsapp telah menggantikan sistem pesanan ringkas (sms). Sehinggakan anda boleh kira dalam sebulan berapa kali sahaja anda menggunakan sms!

Whatsapp boleh digunakan biarpun tidak mempunyai kredit, kerana yang penting ada capaian internet. Ia juga boleh dibuka di komputer / laptop melalui whatsapp web atau whatsapp for Windows/Mac.

Kita percaya setiap orang yang mempunyai akaun whatsapp pasti mempunyai Kumpulan (Group) yang mereka sertai atau dimasukkan secara ‘paksa rela’.

Apabila sudah bertahun menggunakannya, sudah pastilah ada berpuluh group whatsapp, ada yang aktif, ada yang sebagai pemerhati sahaja, dan ada yang langsung tidak membukanya.

Ramai yang ajukan soalan, bagaimana cara untuk keluar dari group whatsapp tanpa disedari oleh ahli group?

Bagaimana cara left group whatsapp tanpa diketahui?

Maklumlah kadang-kadang ada group yang kita ‘segan’ untuk left, atau tak sampai hati nak keluar kerana mungkin akan dikatakan ‘memutuskan’ hubungan.

Jadi bagaimana cara keluar group tanpa dikesan?


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Terdapat beberapa kaedah yang boleh diguna pakai, tetapi tidak menjamin 100% anda tidak dapat dikesan.

Kaedah 1: Minta admin remove anda. Kaedah ini nampak seperti terlalu drastik, tetapi sebenarnya sangat berkesan.

Kaedah 2: Beli 1 nombor baru, tukar akaun whatsapp anda ke nombor baru tersebut. Namun jangan terus ‘left’, tunggu dalam 3 atau 4 hari baru anda keluar. Tapi ingat, keluar pada jam 1 pagi ke atas..

Selepas keluar, anda tukar semula ke nombor asal anda. Cara ni agak perlahan tetapi paling berkesan setakat ini.

Kaedah 3: Beritahu handphone anda ‘berat’, nak keluar group jap dah ok nanti baru anda beritahu semula. Sampai ke sudah anda tak join dah.

Kaedah ni dapat dikesan, tetapi hanya secara zahir sahaja. Dari segi psikologinya anda selamat.

Kaedah 4: Tekan butang … Ambil Exit Group. Kaedah ini dapat dikesan, gunakan apabila anda di add tanpa persetujuan anda. Boleh juga digunakan jika group itu orang tak kenal pun anda.

Itu di antara kaedah yang boleh digunakan untuk keluar group tanpa dikesan.

Buat masa ini tiada lagi butang khas yang anda boleh tekan tanpa meninggalkan ‘notifikasi’ you left.

Semoga suatu hari nanti whatsapp akan mengaktifkan butang tersebut.