Program Ijazah dalam Negara (PIDN) merupakan program penajaan kewangan kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama di universiti awam, Politik Premier dan Govement Linked Universities (GLU) mengikut syarat yang ditetapkan. Program penajaan ini dijalankan secara Pinjaman Boleh Ubah (PBU).
INFO 2019: Permohonan Penajaan JPA di bawah Program Penajaan 9A+ Tahun 2019 kepada pelajar lepasan SPM 2018. Tarikh tutup permohonan 30 Jun 2019, 5.00 petang. Untuk syarat dan maklumat lanjut, layari http://esilav2.jpa.gov.my
Skim PBU bermaksud pemegang tajaan menerima pemberian diskaun sebanyak 75% (daripada jumlah keseluruhan pinjaman), sekiranya berjaya memenuhi kriteria yang telah ditetapkan seperti berikut:
- Memperolehi sekurang-kurangnya Kepujian Kelas Kedua Bawah atau CGPA75 ke atas atau setaraf dengannya;
- Berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan tanpa sebarang perlanjutan; dan
- Mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama.
PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA
Penguasaan perjanjian Pinjaman Boleh Ubah
Calon-calon yang berjaya ditawarkan penajaan di bawah program ini dan bersetuju untuk ditaja oleh JPA adalah tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut:
- Pinjaman akan ditukar kepada biasiswa dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam; atau
- Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat milik Kerajaan (GLC); atau
- Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara; atau
- Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.
Syarat-syarat Program
Setip calon yang berminat untuk memohon mestilah memenuhi kedua-dua jenis syarat yang ditetapkan oleh pihak berwajib iaitu syarat umum dan syarat khusus. Perincian bagi setiap syarat adalah seperti berikut:
Syarat Umum
- Warganegara Malaysia;
- (ii) Ibu dan/atau bapa dan/atau ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA;
- (iii) Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak menghidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, AIDS, HIV dan sebagainya; dan
- (iv) Memiliki Sijil Penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / SPMV untuk melayakkan lantikan ke Perkhidmatan Awam.
Syarat Khusus
- Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan);
- Berada di tahun pertama Ijazah Pertama dan telah melengkapkan sekurang-kurangnya satu (1) semester pengajian; dan
- Syarat Akademik Bagi Pengajian Yang mempunyai Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Memperolehi sekurang-kurangnya Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.30 dan setara dalam peperiksaan semester tahun pertama peringkat Ijazah Pertama
Bagi Pengajian Yang tidak mempunyai Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)
Calon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya gred Lulus dan setara dalam peperiksaan semester tahun pertama peringkat Ijazah Pertama.
Bidang yang TIDAK ditaja:
- Pendidikan
- Berkaitan penerbangan yang memerlukan pelajar mengambil lesen penerbangan
- Program berbentuk francais UA /IPTS (iv) Program berkembar /dual award/ double degree dengan institusi lain kecuali yang dibenarkan (UKM-UDE & UMP-HsKA) (v) Kejururawatan, separa perubatan dan praperkhidmatan
- Program sijil profesionalseperti ACCA (vii) Program pengajian separuh masa/ jarak jauh/ atas talian
Cara Membuat Permohonan
Permohonan boleh dibuat secara online di laman web JPA.
Calon yang berminat untuk memohon boleh membuat permohonan setelah tempoh permohonan dibuka. Pengumuman tawaran penajaan ini dibuat secara rasmi di laman web JPA. Kebiasaannya tempoh permohonan hanya berlangsung selama 7 hari.
Semasa tempoh permohonan, calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini atau meminda maklumat permohonan. Hanya pindaan terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah lengkap dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program PIDN sebagai bukti permohonan telah dibuat.
Keputusan penerimaan penajaan ini juga dibuat di laman web JPA. Pihak JPA akan mengeluarkan surat tawaran penajaan bagi calon yang berjaya. Bagi pelajar yang tidak berjaya, pelajar boleh mengemukakan rayuan secara atas talian (online).









