HEBAHAN: TAWARAN TERBUKA KEPADA PELAJAR-PELAJAR LEPASAN MATRIKULASI, TINGKATAN 6, DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA UNTUK MENGIKUTI KURSUS AMBILAN JULAI 2019 DI APPLE DEVELOPER ACADEMY, NAPLES, ITALY

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.  

  1. Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, Kementerian Luar Negeri telah memanjangkan tawaran permohonan kursus selama 9 bulan di Apple Developer Academy, Naples, Itali bagi sesi pengajian tahun 2019/2020.  Antara bidang kursus yang ditawarkan adalah dalam bidang aplikasi dan perkhidmatan IT, rekaan digital dan model perdagangan digital. Maklumat lanjut tawaran tersebut juga boleh dilayari melalui di laman sesawang https://www.developeracademy.unina.it/en.
  1. Tawaran kursus ini adalah terbuka kepada semua pelajar yang berusia 18 tahun dan ke atas dari serata dunia dan kuota pengambilan kemasukan ke akademi tersebut adalah sebanyak 400 orang pelajar. Tarikh tutup permohonan adalah 21 Jun 2018 (Jumaat) jam 1400 (GMT+1). Maklumat lanjut dari segi tatacara dan syarat permohonan boleh dicapai di laman sesawang https://www.developeracademy.unina.it/wp-content/uploads/2019call_everyone_en.pdf.
  1. Sehubungan itu, kerjasama dan jasa baik pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dimohon untuk menghebahkan tawaran ini kepada institusi-institusi pengajian di bawah seliaan pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai tawaran kursus ini,  pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan  boleh berhubung terus dengan pegawai seperti butiran berikut:

Nama                   :           Prof Ing. Giorgio Ventre


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Emel                     :           giorgio@unina.it  

Telefon                :           +39 081 768 3908 / +39 380 767 9372

Laman web         :           http://www.dieti.unina.it

  1. Perhatian, kerjasama dan komitmen pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Salam hormat,

Bahagian Hubungan Antarabangsa

Kementerian Pendidikan Malaysia