Tawaran pelawaan sebagai penulis pakej buku teks Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) (semakan) Tahun 5 dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Tingkatan 5 untuk kegunaan mulai tahun 2021 melalui bengkel penataran penulisan buku teks dan ujian kelayakan penulis buku teks.

Tawaran dibuka kepada calon-calon penulis yang berkebolehan, berpengalaman, berkelayakan dan mempunyai kepakaran serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan bagi penulisan buku teks mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) (Semakan) Tahun 5 dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Tingkatan 5 untuk kegunaan mulai tahun 2021.

Calon-calon penulis yang berminat dipelawa untuk menghadiri Bengkel Penataran Penulisan Buku Teks dan Ujian Kelayakan Penulis Buku Teks yang akan diadakan pada 12-13 Julai 2019 di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Mata pelajaran KSSR (Semakan) Tahun 5 dan mata pelajaran KSSM Tingkatan 5 yang terlibat adalah seperti yang berikut:

KSSR KSSM
  • Bahasa Melayu Tahun 5 SK
  • Bahasa Melayu Tahun 5 SJK
  • Sains Tahun 5 SK
  • Matematik Tahun 5 SK
  • Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 5 SK
  • Bahasa Arab Tahun 5
  • Pendidikan Islam Tahun 5
  • Pendidikan Moral Tahun 5 SK
  • Sejarah Tahun 5 SK
  • Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 5 SK
  • Pendidikan Muzik Tahun 5 SK
  • Pendidikan Seni Visual Tahun 5 SK
  • Bahasa Melayu Tingkatan 5
  • Sejarah Tingkatan 5
  • Pendidikan Islam Tingkatan 5
  • Pendidikan Moral Tingkatan 5

Syarat Permohonan untuk Menyertai Bengkel Penataran, Ujian Kelayakan Penulisan Buku Teks dan Dilantik sebagai Calon Penulis Buku Teks

  1. Peserta yang ingin menyertai bengkel penataran ini hendaklah warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 60 tahun. Peserta perlu mendaftar secara dalam talian melalui laman web Akademi DBP di http://www.akademi.dbp.my
  2. Peserta sekurang-kurangnya mempunyai sijil, diploma, ijazah dalam mata pelajaran dan bidang berkenaan. Salinan sijil akademik yang disahkan oleh Pegawai Pengurusan dan Profesional perlu disertakan sebagai bukti kelulusan akademik.
  3. Peserta perlu menguasai hal-hal yang berkaitan dengan kurikulum dan pedagogi mata pelajaran berkenaan.
  4. Peserta sebaik-baiknya mempunyai pengalaman menulis. Salinan kulit buku, hasil penulisan atau bukti yang berkaitan yang disahkan oleh Pegawai Pengurusan dan Profesional perlulah disertakan sebagai bukti.
  5. Peserta mestilah berkemampuan dan berkeupayaan menyediakan tugasan/bahan contoh dalam masa yang ditetapkan.
  6. Pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP) dan Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak layak untuk menyertai bengkel penataran ini.
  7. DBP berhak menggugurkan peserta yang dipilih sekiranya didapati melakukan sebarang bentuk penipuan yang berkaitan dengan permohonan.
  8. Peserta mestilah melengkapkan borang penyertaan dan borang biodata dan perlu ditandatangani oleh Ketua Jabatan atau majikan sebagai bukti memperoleh kebenaran daripada majikan.
  9. Peserta yang telah terpilih untuk menyertai bengkel penataran ini perlu mengikuti bengkel sepenuh masa dan secara automatik layak menduduki Ujian Kelayakan Penulis Buku Teks.
  10. Bagi mereka yang ingin menduduki Ujian Kelayakan Penulis Buku Teks wajib mendaftarkan diri sebagai peserta Bengkel Penataran Penulisan Buku Teks.
  11. Keputusan Ujian Kelayakan Penulis Buku Teks adalah muktamad dan sulit.
  12. Setelah peserta berjaya dicalonkan sebagai panel penulis buku teks selepas melepasi tahap Ujian Kelayakan Penulis Buku Teks, penulis mestilah:
  13. bukanlah daripada pasangan suami isteri bagi mata pelajaran yang sama atau berlainan mata pelajaran.
  14. sanggup serta berkemampuan dan berkeupayaan melaksanakan tugas penulisan dalam masa yang ditetapkan.
  15. sanggup memberikan kerjasama dan komitmen bagi menjayakan penulisan dan penerbitan buku teks dan boleh bekerja sebagai satu pasukan.
  16. tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak majikan untuk menghadiri taklimat/bengkel/mesyuarat yang dilaksanakan oleh DBP. Penulis yang tidak hadir bengkel/mesyuarat boleh digugurkan daripada program penulisan ini.
  17. menanggung kos bagi menghadiri taklimat, mesyuarat atau bengkel yang berkaitan melainkan diputuskan sebaliknya oleh DBP.
  18. Calon penulis yang dipilih akan tertakluk kepada peraturan, jadual serta arahan daripada pihak DBP dan BSTP, KPM dari semasa ke semasa.
  19. Ganjaran penulisan akan diputuskan oleh Mesyuarat Pengurusan Dewan Bahasa dan Pustaka.
  20. Penulis yang berjaya dikehendaki menandatangani borang Pelantikan dan Pengakuan Kerja antara Penulis dengan Dewan Bahasa dan Pustaka sebaik sahaja ditawarkan kerja tersebut.
  21. Calon penulis yang berjaya akan dimaklumkan secara rasmi. Manakala, calon penulis yang tidak mendapat pemakluman dalam tempoh sebulan selepas tarikh 14 Ogos 2019 adalah tidak berjaya.
  22. Keputusan penawaran ini adalah muktamad. Walau bagaimanapun, penawaran ini tertakluk pada dasar perolehan DBP serta KPM.

menjadi penulis buku teks


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Cara Memohon

  1. Permohonan hendaklah dibuat secara individu dengan mengisi borang penyertaan yang dilampirkan. Setiap peserta dikehendaki menyerahkan borang penyertaan dan borang biodata sebelum atau pada tarikh tutup, iaitu 4 Julai 2019 dengan bukti pembayaran kepada:

 

Encik Ruslan bin Abdull Raffar,
Bahagian Buku Sekolah,
Aras 8, Menara DBP,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur.
No. Tel.: 03-21479505/
012-3772739
E-mel: arruslan@dbp.gov.my
Puan Mariati Josepha binti
Mustafa,
Bahagian Buku Sekolah,
Aras 8, Menara DBP,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur.
No. Tel.: 03-21479572/
019-2807978
E-mel: mariati@dbp.gov.my
Puan Rosmani binti Omar,
Bahagian Buku Sekolah,
Aras 9, Menara DBP,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur.
No. Tel.: 03-21479573/
013-3845149
E-mel: ros_omar@dbp.gov.my

 

Bayaran bengkel sebanyak RM150.00 dikenakan kepada setiap peserta yang ingin menyertai bengkel penataran ini. Bayaran tersebut meliputi nota bengkel, makan minum dan sijil penyertaan. Urusan tempat penginapan perlu diuruskan oleh peserta sendiri.

Walau bagaimanapun, pihak urus setia boleh memberikan maklumat tentang tempat penginapan yang terhampir. Bayaran boleh dilunaskan melalui akaun bank Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) bernombor akaun 14023010018002.

IKLAN PENULIS BUKU TEKS DBP

Peserta dikehendaki hadir ke Bengkel Penataran Buku Teks dan Ujian Kelayakan Penulis Buku Teks yang akan diadakan seperti butiran yang berikut:

Lokasi : Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Tarikh : 12 – 13 Julai 2019

Peserta bengkel penataran ini wajib menduduki Ujian Kelayakan Penulis Buku Teks sebagai syarat pemilihan penulis buku teks kegunaan mulai tahun 2021. Ujian bertulis akan diadakan pada hari terakhir bengkel penataran.