Penggabungan Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma.
Selaras dengan hasrat kerajaan untuk menmartabatkan profesion perguruan, kerajaan telah bersetuju untuk menggabungkan skim perkhidmatan PPPS dan PPPLD menjadi skim perkhidmatan bersepadu PPP yang merangkumi Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional.
Di dalam pekeliling PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 40 TAHUN 2013 turut menjelaskan beberapa maklumat terbaru dalam skim Perkhidmatan PPPS dan PPPLD.
Antara maklumat penting adalah:
SKIM PPP |
Berdasarkan pindaan-pindaan seperti di atas, syarat lantikan skim perkhidmatan PPP adalah seperti berikut:
Kelayakan Untuk Lantikan ke Gred DG29
(i) diploma dalam bidang perguruan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi perguruan tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG29: RM1,589.00); atau
(ii) diploma dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Sijil Kursus Perguruan Lepas Diploma atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG29: RM1,735.44).
Selain itu, melalui skim perkhidmatan bersepadu ini, kenaikan pangkat pegawai ke Gred DG38 tidak lagi dikhususkan kepada jawatan Guru Besar Cemerlang Sekolah Rendah dan Guru Besar Sekolah Kluster (Sekolah Rendah) sahaja.
Semua PPPS dan PPPLD dilantik secara tetap termasuk mereka yang dalam tempoh percubaan serta memilih opsyen Sistem Saraan Malaysia akan dipindahkan secara gred ke gred ke skim perkhidmatan PPP seperti berikut:
Skim PPP |
Kenaikan Pangkat ke Gred DG42
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41/42 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG44 yang kosong apabila telah:
(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan;
dan
(d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
GRED DG42 |
Pekeliling perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2014
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 40 TAHUN 2013: DOWNLOAD