Home info Tarikh Bayaran Imbuhan Penjawat Awam: 8 Januari

Tarikh Bayaran Imbuhan Penjawat Awam: 8 Januari

86
0
Tarikh Bayaran Bonus 2017

Sepertimana yang kita sedia maklum dengan pengumuman oleh Perdana Menteri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2018 telah memutuskan pemberian bayaran khas untuk penjawat awam sepeti berikut:

Bayaran Khas 2017: RM1000
Bayaran Khas Aidilfitri 2018: RM500

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Kebiasaanya bayaran untuk aidilfitri tidak diumumkan sekali bersama dengan bayaran khas akhir tahun, namun kali ini agak berbeza, ia diumumkan bersama, menjadikan jumlahnya adalah RM1500 tetapi dibayar pada waktu yang berbeza.

Bayaran ini diberi kepada Penjawat Awam Persekutuan sebagai menghargai kesetiaan penjaat awam dalam mendokong kemajuan negara serta melaksanakan sistem penyampaian perkhidmatan dengan cekap dan berkesan kepada rakyat.

Tentu ramai yang bertanya bilakah bonus akhir tahun 2017 akan dibayar? Bila bayaran khas 2017 akan diberikan?

Pihak JPA telah mengeluarkan pekeliling berkenaan hal ini dan telah menetapkan ketetapan seperti berikut:

PERKARA  TARIKH PEMBAYARAN
Bayaran Khas 2017  8 Januari 2018
Bayaran Khas Aidilfitri 2018  7 Jun 2018

imbuhan penjawat awam 2017

Bayaran akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank gaji masing-masing, namun begitu terdapat juga syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Adakah orang yang bekerja taraf kontrak layak menerima bayaran khas ini?
Adakah mereka yang baru bekerja layak menerima bayaran khas ini?

Itu di antara persoalan yang ada dalam pemikiran mereka yang sedang berada dalam situasi tersebut. Anda boleh melihat pekeliling yang telah dikeluarkan ini yang mana ada menyebut syarat-syarat seperti berikut:

Bayaran sebanyak RM1,000.00 diberi kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan tertakluk kepada syarat bahawa pegawai telah berada dalam perkhidmatan sekurang-kurangnya 90 hari berturut-turut pada tahun 2017. (Termasuk Cuti)

Pegawai Yang Layak Menerima Bayaran Khas

  • Pegawai lantikan tetap, sementara dan contract of service.
  • Pegawai yang bercuti bergaji penuh.
  • Pegawai yang bercuti separuh gaji.
  • Pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusna saraannya.

    Selain itu, bayaran khas ini dipanjangkan bayarannya kepada:

  • Guru Interim.
  • Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya; dan
  • Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman berdasarkan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 dan Akta Saraan Hakim 1971.

Pegawai Yang Tidak Layak

  • Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam tahun 2017.
  • Pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam tahun 2017; dan
  • Pegawai yang meletak jawatan dalam tahun 2017.

Pegawai Yang Ditangguhkan Bayaran Khas

Pegawai yang ditahan kerja, digantung kerja atau surat pertuduhan telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib ditangguhkan Bayaran Khas Tahun 2017 ini. Pegawai hanya layak diberi Bayaran Khas Tahun 2017 sekiranya Pihak Berkuasa Tatatertib mendapati pegawai tersebut tidak bersalah.

PESARA

Pesara akan menerima bayaran sebanyak RM500. Pegawai yang bersara dalam tahun 2017 layak diberi Bayaran Khas Tahun 2017 sebanyak RM1,000.00 dengan syarat pegawai telah berada dalam perkhidmatan sekurang-kurangnya 90 hari berturut-turut.

Pembayaran sebanyak RM500.00 akan dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan bakinya sebanyak RM500.00 akan dibayar oleh jabatan terakhir pegawai berkhidmat.

Semoga info dan maklumat ini sedikit sebanyak membantu anda dalam mendapatkan fakta yang lengkap dan tepat. Sekiranya ingin melihat pekeliling boleh dapatkannya di: Bayaran khas bonus 2017

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here