Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) merupakan tugas utama guru sebagai pendidik. Penyediaan RPH perlu dibuat sebelum bermulanya PdPc atau hari sebelumnya.

Di sini admin ingin kongsikan kepada rakan-rakan lain iaitu RPH Bahasa Melayu Tahun 1 KSSR Semakan untuk kegunaan rakan-rakan guru. Ia juga merupakan RPH Setahun yang mudah untuk digunakan di dalam bentuk excel.

Seperti mana yang kta sedia maklum sudah banyak sekolah-sekolah yang telah menguatkuasakan penulisan RPH secara bertaip dan juga secara online eRPH.

Namun begitu tidak lupa juga mereka yang masih menggunakan Buku Rekod Pengajaran untuk menulis RPH.

Racangan Pengajaran Harian RPH Bahasa Melayu Tahun 1 KSSR Semakan 2019

 

Versi 1 RPH ini dihasilkan oleh rakan guru kita Cikgu Jamaludin Musa untuk kegunaan rakan guru. Guru-guru juga boleh ubah suai mengikut kesesuaian PdPc dan sekolah anda. Anda boleh menukar bahagian-bahagian yang bersesuaian dengan aktiviti yang anda jalankan di dalam kelas.

Jika sekolah anda menggunakan eRPH dalam menulis rancangan pengajaran anda boleh mengaplikasikan kaedah ini. Rujuk panduan menggunakan eRPH di sini: Panduan Setup eRPH

Namun jika sekolah anda masih lagi menggunakan sistem fail ‘hardcopy’, anda boleh print seperti biasa. Untuk edit atau membuat kemaskini maklumat sekolah dan kelas anda boleh ikut panduan di bawah:


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


  • Login Google Drive anda menggunakan emel anda.
  • Buka link Versi 1 di atas tadi.
  • Pergi ke File – Make a Copy – Save dalam Google Drive anda
  • Kini ia telah berada di Drive anda, anda boleh edit untuk memasukkan data seperti sekolah, kelas dan masa.
  • Anda juga boleh tambah Standard Pembelajaran / Objektif, aktiviti dan lain-lain yang mahu dicapai berdasarkan keperluan murid dan kelas anda.
  • Segala perbincangan berkenaan m-sims atau eRPH atau yang berkaitan dengan pengurusan data boleh ke telegram t.me/erphMalaysia

Tempat yang perlu diubah sahaja anda perlu ubah seperti:

  • Kelas
  • Masa
  • Sekolah

Selain itu boleh juga diubah ‘edit’ di aktiviti, SP dan Objektif yang bersesuaian dengan RPT anda.

Versi 2 pula dihasilkan rakan guru dari kumpulan telegram erphmalaysia, yang dikelolakan oleh Dr, Saga, anda dipelawa untuk sertai Kumpulan Telegram beliau dan turut sama menyumbang RPH untuk kegunaan semua, ia juga di dalam bentuk eRPH  yang boleh diubah mengikut kesesuaian anda. Jika guna secara online ia boleh diedit di Spreadsheet Google Doc, atau boleh juga di muat turun untuk digunakan di Microsoft excel.

Guru-guru juga dibenarkan untuk mengemaskini data RPH seperti menambah aktiviti atau objek yang ada mengikut kesesuaian aras dan aktiviti pembelajaran yang anda lakukan.

Tidak dibenarkan Menjual.

RPH ini diberikan secara percuma, tanggungjawab anda sebagai pengguna perlulah menghormati mereka yang telah bersusah payah menghasikan eRPH ini. Anda sama sekali tidak dibenarkan untuk menjualnya untuk kepentingan diri sendiri.

Sekiranya anda telah mengemaskini versi baharu, digalakkan juga untuk berkongsi dengan rakan-rakan lain, untuk kegunaan bersama.

Untuk Subjek dan tahun lain boleh ke: Koleksi RPH Sekolah Rendah SK

Terima Kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang telah menghasilkan RPH ini, semoga usaha dan sumbangan anda dalam transformasi dunia Pendidikan mendapat ganjaran pahala dan balasan yang baik untuk dunia dan akhirat.

Sebarang cadangan dan penambahbaikan kepada RPH ini sangatlah dihargai, sama-sama kita berusaha untuk mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat.