Raatchasi, sebuah filem tamil mengisahkan kisah seorang Guru Besar yang telah berjaya mengubah persepsi masyarakat terhadap sekolah kerajaan di kawasan kampung.

Kehadirannya di hari pertama sekolah telah menggemparkan semua guru dan membuatkan mereka tidak senang duduk. Paling ditakuti apabila Guru Besar menyebut,” Boleh saya tanya 3 Soalan? “

Beliau juga telah mengubah sikap guru-guru, pemikiran ibu bapa, dan membuktikan setiap murid ada kelebihan dan bakatnya yang boleh dicungkil.

Walaupun berhadapan dengan kumpulan jahat dari Sekolah swasta yang mempunyai kuasa dan harta, beliau bukan seorang yang boleh ‘dibeli’ dengan wang ringgit.

Raatchasi Trailer

Bukan itu sahaja, beliau berhadapan dengan mereka yang menyalah gunakan kuasa politik, mengubah pemikiran masyarakat yang berpegang kepada kasta.

Anda akan melihat bagaimana, sebuah sekolah yang dianggap sebagai sampah, tempat lahirnya penjenayah, telah berjaya diubah dan menjadi tempat yang disayangi.

Ada kisah lawak, sedih, gembira, terharu dan aksi. Antara yang best adalah, semasa PPD turun sekolah kerana ada banyak laporan ke atas Guru Besar, semasa pemantauan pihak PPD sendiri terkejut. Tidak perlu untuk Pendidik2u cerita semua adegan dalam filem ini, kerana kami mahu anda sendiri tonton dan nilainya. Mungkin anda sendiri akan terkesan dengan kata-katanya.

Sekarang sedang ditayangkan, boleh tonton di Astro Box Office, Astro go.