Ramai yang tanya bagaimana cara nak buat kuiz secara atas talian (online) menggunakan Google Form?

Kuiz ini boleh dijawab oleh murid-murid secara online di rumah, terutamanya ketika sedang cuti sekolah.

Murid tidak perlu print soalan tersebut, boleh terus menjawabnya secara atas talian, menggunakan laptop atau smartphone.

Kuiz ini juga boleh terus ditanda secara automatik, jadi murid tahu soalan yang mana mereka jawab betul atau salah, dan berapa markah yang mereka telah perolehi.

Senarai perkara yang diperlukan:

  1. Laptop / Smartphone
  2. Akaun Gmail
  3. Internet
  4. Senarai soalan / bahan untuk membina soalan

Berikut merupakan panduan untuk membina soalan kuiz ringkas menggunakan Google Form. Ikut langkah mudah di bawah:

1. Buka Google Form di website: https://docs.google.com/forms

2. Bina soalan anda, anda boleh pilih soalan jenis Multiple Choice untuk lebih mudah murid anda menjawabnya. Rujuk gambar di bawah:

Bina form online

3. Bina seberapa banyak soalan yang anda mahu, selain soalan Multiple Choice, anda juga boleh membuat soalan berbentuk, jawapan pendek, dropdown menu, dan check box.

4. Setelah anda berjaya menyiapkan soalan dan pilihan jawapan, anda perlu jadikan ia sebagai kuiz, dan boleh jadikan ia automatik marking. Ikut langkah seterusnya iaitu dengan pergi ke menu Setting. Setting berada di atas sebelah kanan. Rujuk gambar:

5. Kemudian anda pergi ke menu Quizzes, dan pilih “make this a quiz”

Buat kuiz online

6. Di ruang ini anda boleh setting sama ada mahu membenarkan ia terus ditanda atau tidak.

Anda juga boleh membenarkan murid anda untuk melihat soalan yang dijawab salah, soalan betul dan markah yang diperolehi.

7. Selepas itu tekan SAVE.

8. Kemudian, langkah seterusnya anda perlu pergi semula ke soalan yang anda buat tadi untuk setting jawapan yang betul bagi setiap soalan.

Anda juga boleh isi Markah (point) bagi setiap soalan yang dijawab dengan betul.

10. Selepas siap, anda boleh share link kuiz anda kepada murid anda atau guru lain. Caranya ialah dengan menekan butang seperti di dalam gambar.

Kemudian tekan simbol link:

11. Kemudian tekan copy, dan anda boleh paste ke siapa yang anda ingin beri link tersebut.

Diharap panduan ini dapat membantu anda dalam membina kuiz secara online dan boleh membantu anak murid anda dalam membuat latihan dan ulangkaji.