UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) 

Menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah) , Sirah, Adab ( Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran.

 

BIDANG-BIDANG YANG DINILAI

  • Al-Quran.
  • Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadat ).
  • Sirah
  • Adab (Akhlak Islamiyah )
  • Jawi dan Khat
  • Asas Lughatul Quran
  • Penghayatan Cara Hidup Islam.
  • Amali Solat

BENTUK PENILAIAN

Bentuk Lisan  :    Al-Quran

Bentuk Amali  :    Amali Solat

Bentuk Lisan & Pemerhatian  :  Penghayatan Cara Hidup Islam

Bentuk Penulisan  : Ulum Syariah ( Aqidah dan Ibadah )

                                                                  Sirah

                                                                  Adab (Akhlak Islamiyah)

                                                                  Jawi dan Khat

                                                                  Asas Lughatul Quran


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Belajar KAFA sekurang-kurangnya 3 tahun.
  • Mengikut Kurikulum KAFA.
  • Murid tahun 5 KAFA berumur 11 tahun ( mengikut tahun semasa ).
  • Berdaftar untuk menduduki UPKK.

TARIKH PELAKSANAAN

         Pelaksanaan UPKK hendaklah dijalankan mengikut takwim penilaian (Ditentukan oleh JAKIM).

          Pelaksanaan yang tidak mengikut takwim dianggap batal.

PUSAT UPKK

Bagi penilaian lisan , amali dan pemerhatian (Al-Quran, Amali Solat dan Pengahayatan  Cara Hidup Islam) hendaklah dibuat di sekolah / kelas masing-masing.

Bagi penilaian bertulis (Rujuk 3.4 ) hendaklah dibuat di sekolah/kelas. Sekiranya tiada kemudahan hendaklah dibuat di pusat khas yang ditetapkan oleh Setiausaha Peperiksaan Negeri.

PENGENDALIAN PENILAIAN

Penilaian setiap subjek peperiksaan bertulis dan lisan akan dikendalikan oleh penilai yang dilantik pihak  pelaksana KAFA Negeri. Penilai subjek peperiksaan Amali Solat dan Penghayatan Cara Hidup Islam akan dikendalikan oleh guru-guru murid yang  dinilai.

Ketua Penilai hendaklah dilantik disetiap daerah untuk menyelaras dan mengendalikan penilaian peperiksaan. Penilaian setiap subjek akan dibuat mengikut takwim UPKK tahun penilaian.

SIJIL

Sijil UPKK hanya diberi kepada calon-calon yang menduduki semua mata pelajaran yang dinilai