Bursa Malaysia tidak asing lagi buat penggemar dan pelabur saham di Malaysia ini. Dengan keadaan ekonomi sekarang yang semakin stabil telah menarik minat ramai pelabur-pelabur baru untuk mula melabur dan mendapatkan keuntungan melalui pelaburan saham di Bursa Malaysia. Namun, sebelum anda semua mempunyai impian untuk membuat pelaburan, terdapat beberapa procedure yang harus diperhatikan. Antaranya ialah pembukaan akaun CDS dan Akaun Trading.

Sudah pasti ramai bakal pelabur saham yang tertanya-tanya bagaimana cara untuk membuka akaun Central Depository System (CDS). Sebelum anda semua berhasrat untuk membeli atau menjual saham di dalam Bursa Malaysia, anda perlu membuka akaun CDS ini terdahulu. CDS ini merupakan satu sistem dibawah Bursa Malaysia yang membolehkan saham dimiliki dan didagangkan.

Apabila anda sudah memiliki akaun CDS, barulah anda boleh membeli mana-mana saham yang berpotensi di Bursa Malaysia dan mendapat keuntungan daripada kenaikan harga saham dan hasil jualan saham didalam Bursa Malaysia. Boleh follow: Telegram: Jual Beli Saham

Persoalannya, bagaimana nak membuka akaun CDS?

Anda hanya perlu mengikuti 2 langkah yang mudah.

Langkah Pertama: Dapatkan borang


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


  • Dapatkan borang CDS anda pada dealer dan juga remisier.
  • Dealer ialah mereka yang bekerja sepenuh masa di broker dan anda boleh terus sahaja ke mana-mana broker berlesen (rujuk pada portal Bursa Malaysia). Dealer tidak mendapat apa apa komisyen untuk akaun yang dibuka dan transaksi trade.
  • Remisier ialah mereka yang bekerja secara komisyen dengan broker broker berlesen dan meraka tidak semestinya di branch broker.
  • Fee untuk buka akaun cds adalah sebanyak RM10, fee ini dikenakan oleh Bursa Malaysia. Fee pembukaan akaun cds adalah non-refundable.

Langkah Kedua: Isi Borang

  • Anda perlu mengisi dan menandatangani 2 jenis borang iaitu borang Broker dan Bursa.
  • Dokumen yang diperlukan adalah Salinan kad pengenalan 5 keping dan salinan penyata bank (Bank statement) sebanyak 4 keping.
  • Setelah selesai semua yang dikehendaki diatas, serahkan kepada dealer atau remisier yang memberikan borang kepada anda.

Cara Buka Akaun CDS secara Online

Akaun CDS boleh juga dibuka secara atas talian melalui Broker Malacca Securities. Bagi Broker lain anda perlu ke cawangan mereka

Brokerage fee Malacca Securities di antara yang termurah berbanding yang lain iaitu sebanyak RM 8 (minima) atau 0.08% untuk setiap transaksi.

Boleh buka secara online melalui:

iSaham: https://www.isaham.my/cds

Maher Saham: https://www.mahersaham.com/

Selesai. Semoga dengan artikel cara membuka akaun CDS ini dapat membuka ruang untuk anda menjadi trader yang berjaya. Semoga bermanfaat.