Kerajaan negeri Kedah telah memutuskan untuk melaksanakan ‘Targetted Enhancement Movement Control Order’ (TEMCO) di 4 mukim yang terjejas susulan penambahan 11 kes aktif COVID-19 bagi kluster Sivasanggara, hari ini.

Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kedah telah telah memutuskan untuk mengarahkan lima buah sekolah di dua daerah di negeri itu ditutup selama 28 hari mulai hari ini.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Sekolah yang terlibat di daerah Kubang Pasu adalah Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Hosba, Sekolah Kebangsaan (SK) Hosba, SMK Megat Dewa serta SK Megat Dewa.

Selain itu, satu sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Kubang Palas di daerah Padang Terap turut diarahkan untuk ditutup.

Dalam perkembangan sama, pihak MKN negeri juga turut menetapkan guru yang tinggal di kawasan TEMCO tidak dibenarkan untuk hadir bertugas sama sekali.

Guru yang tinggal di luar kawasan TEMCO turut tidak dibenarkan untuk ke sekolah di kawasan TEMCO.

Astro Awani