Pelaksanaan Kursus iThink secara luar talian (KiLT) di semua sekolah di bawah inisiatif PPPM: Pembudayaan KBAT dalam Pembelajaran Abad 21

Sebelum ini iThink pernah dijalankan secara atas talian, dan ramai juga yang berjaya menghabiskan modul yang telah ditetapkan. Namun begitu iThink dalam talian ditangguhkan atas beberapa sebab seperti masalah untuk membukanya, mungkin kerana server tidak dapat menampung jumlah pengguna yang ramai.

Kini setelah beberapa tahun, kursus iThink dimulakan semula tetapi secara luar talian (Offline), ini bagi mengelakkan berlakunya masalah-masalah seperti sebelum ini. Surat arahan pelaksanaannya juga telah diedarkan kepada sekolah-sekolah yang terlibat dan khasnya kepada mereka yang belum membuat kursus ini.

Muat Turun iThink Offline KiLT MyGfL

Sebelum itu pasti ramai yang bertanya, apa itu MyGfl?
Malaysian Grid for Learning (MyGfL) merupakan portal atau gerbang pendidikan bagi merealisasikan konsep pembelajaran sepanjang hayat (life-long learning) dan mewujudkan pekerja berpengetahuan (knowledge-worker) ke arah pembentukan K-ekonomi negara melibatkan semua peringkat umur, secara pembelajaran formal dan informal.

Oleh itu, grid pembelajaran kebangsaan MyGfL dikelolakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai pemangkin kepada misi ini dan akan diperluaskan secara berperingkat ke institusi pendidikan lain melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

Ia juga telah membina aplikasi luar talian yang mana para pengguna perlu memuat turun dan install di dalam laptop atau pc masing-masing. Selain versi pc, ia juga mempunyai versi Android. 2 Jenis Modul dibina iaitu Modul Guru dan Modul Kepimpinan (Pentadbir), aplikasinya adalah seperti berikut:

MODUL GURU MODUL KEPIMPINAN
Windows Windows
Mac Mac
Android Android
Manual Pengguna Manual Pengguna

Anda boleh muat turun software di atas ini dengan memilih berdasarkan jenis pc anda, serta mengikut jenis jawatan anda. Jika guru biasa pilih modul guru, jika pentadbir pilih modul kepimpinan.

Versi ini hanya memerlukan akses internet ketika ingin login, penghantaran data status kemajuan, pautan beberapa video dan pengaktifan voucher tamat kursus.

Berdasarkan surat KPM, para guru dan pentadbir diminta unutk menyelesaikan kursus ini sehingga hujung tahun ini sebagai pendedahan kepada pembudayaan kemahiran berfikir di sekolah.

Berikut adalah Panduan Menggunakan iThink Offline:

  1. Muat turun i-THINK versi luar talian di www.mygfl.moe.gov.my.
  2. Klik dua kali pada fail i-THINK.exe untuk muat turun.
  3. Pengguna memerlukan sambungan internet untuk log masuk agar kursus dapat dijalankan. Pengguna akan dimaklumkan sama ada terdapat sambungan internet ataupun tidak seperti yang ditunjukkan di bawah:
  4. Status Sambungan Internet : Baik
  5. Wajib untuk Pengguna login kali pertama. Nota: Tidak perlu Log In lagi di Masa Hadapan.
  6. Status Sambungan Internet : Tiada Sambungan Internet
  7. Klik Log In untuk meneruskan Mod Luar Talian sekiranya paparan ini keluar.
  8. Anda akan diberi penyataan untuk pemilihan bahasa. Pilih bahasa untuk meneruskan kursus.
  9. Apabila anda melancarkan aplikasi pada kali kedua dan seterusnya, sistem akan mengeluarkan penyataan ‘Do you wish to continue from last visited page?’ Pilih ‘Yes’ untuk meneruskan di kursus terakhir yang telah anda tinggalkan atau pilih ‘No’ untuk membuka modul yang berbeza dari pilihan di Menu.
  10. Pilih modul dari Menu.
  11. Klik butang ‘Progress Update’ untuk memuat naik kemajuan anda ke pelayan. Sambungan internet diperlukan untuk memuat naik.
  12. Anda akan dimaklumkan sekiranya muat naik tersebut telah berjaya.

Menggunakan peranti lain untuk menjalankan kursus:

  1. Masukkan nama pengguna dan kata laluan anda. Klik pada butang ‘Login’
  2. Anda akan dimaklumkan bahawa data pengguna yang terdahulu akan hilang sekiranya ianya masih wujud di dalam sistem tersebut. Sekiranya setuju dan ingin meneruskan kursus, klik pada butang ‘OK’
  3. Di ‘Final Test’, sistem akan membuat semakan pada sambungan internet anda. Untuk melakukan ‘Final Test’ ini, anda perlu mempunyai sambungan internet
  4. Selepas melengkapkan ‘Final Test’, sistem akan menghantar baucer ke e-mel berdaftar anda sekiranya anda mencapai skor 60% dan ke atas.
  5. Sebaik sahaja anda log masuk ke www.mygfl.moe.gov.my, sistem akan menghantar baucer ke e-mel berdaftar anda.
  6. Nota : Sila pastikan ID e-mel anda adalah betul dan sentiasa dikemaskini pada sistem dalam talian www.mygfl.moe.gov.my.

Masalah iThink tidak boleh login

Ramai guru telah melaporkan masalah untuk log masuk ke dalalam aplikasi ithink mereka, walaupun ia versi offline namun tetap mengalami masalah seperti secara online sebelum ini. Nampaknya, biarpun ada jawapan ithink, tetapi tetap tidak dapat melaksanakannya.

Untuk menyelesaikan maslah ini anda boleh menghubungi:

Urusetia MyGfL,
Sektor Pendidikan Teknologi Maklumat & Komunikasi,
Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pelajaran Malaysia
Blok E9, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604, PUTRAJAYA, MALAYSIA

Tel: 03-8884 2000 Fax: 03-8888 9917

Semoga info dan maklumat ini dapat membantu anda menyelesaikan kursus anda serta sama-sama mempelajari ilmu yang ada di dalamnya.

 

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u
SILA KONGSIKAN KEPADA RAKAN-RAKAN DENGAN MENEKAN BUTANG DI BAWAH: