Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran atau DSKP ini merupakan dokumen penting kepada guru-guru. Ia merupakan dokumen yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) bagi memastikan setiap Mata Pelajaran mengikut standard yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tinggal kurang 1 bulan lagi kita akan melangkah ke Tahun 2018 dan akan bermula KSSR Semakan Tahun 2.
Oleh itu persiapan awal juga perlu dilakukan oleh guru-guru seperti menyediakan DSKP, membina Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT), membuat Fail RPH, Pelan Strategik dan sebagainya. Kebanyakan guru akan memanfaatkan masa cuti mereka dengan membuat perkara tersebut supaya persediaan menghadapi tahun hadapan lebih lancar dan tersusun.
Di sini Pendidik2u telah mengumpulkan kesemua DSKP KSSR Semakan untuk memudahkan guru-guru membuat rujukan:
TAHUN 1 | TAHUN 2 |
Untuk DSKP Semakan Tahun 1 boleh ke: |
Bahasa Melayu |
Bahasa Melayu SJK | |
Bahasa Inggeris | |
Sains | |
Pendidikan Islam | |
Bahasa Arab | |
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan | |
Matematik | |
Bahasa Tamil | |
Bahasa Cina | |
Bahasa Semai | |
Bahasa Kadazan Dusun | |
Pendidikan Moral | |
Pendidikan Kesenian |
Segelintir daripada guru menyangka DSKP ini tidak penting, RPT lagi penting, tanggapan seperti ini sebenarnya kurang tepat. Sebenarnya DSKP adalah ibu kepada RPT, Dokumen Standard dikeluarkan oleh KPM, RPT dibuat oleh guru sendiri mengikut kesesuaian takwim sekolah berdasarkan dokumen standard tersebut.
Oleh itu, setiap guru wajib mempunyai DSKP mengikut subjek mereka, bukan hanya disimpan oleh panitia sahaja. Hanya perlu dicetak dan disimpan di dalam fail masing-masing bersama RPT.
Apa yang terkandung di dalam DSKP?
Setiap subjek mempunyai isi kandungan yang berbeza-beza, namun mempunyai beberapa elemen asas yang sama, sebagai contohnya di dalam DSKP mempunyai perkara seperti berikut:
- Rukun Negara
- Falsafah Pendidikan Kebangsaan
- Definisi Kurikulum Kebangsaan
- Kata Pengantar
- Pendahuluan
- Matlamat
- Objektif
- Kerangka Kurikulum Sekolah Rendah
- Fokus
- Kemahiran Abad Ke-21
- Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
- Elemen Merentas Kurikulum
- Pentaksiran Sekolah
- Organisasi Kandungan
- Glosari
- Panel Penggubal
Di dalam KSSR Semakan juga memfokuskan Kemahiran Abad ke 21:
Satu daripada hasrat KSSR adalah untuk melahirkan murid yang menguasai Kemahiran Abad ke-21 dengan memberi fokus kepada kemahiran berfikir serta kemahiran hidup dan kerjaya yang berteraskan amalan nilai murni. Kemahiran Abad Ke-21 bermatlamat untuk melahirkan murid yang mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan dalam profil murid seperti dalam Jadual 1 supaya berupaya bersaing pada peringkat global. Penguasaan Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) dalam kurikulum Sekolah Rendah menyumbang kepada pemerolehan Kemahiran Abad ke-21 dalam kalangan murid.
Di samping itu juga, penekanan terhadap Kemahiran Berfikir Aras TInggi (KBAT)
KBAT ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT merangkumi kemahiran berfikir kritis, kreatif dan menaakul dan strategi berfikir.
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dinyatakan dalam kurikulum secara eksplisit supaya guru dapat menterjemahkan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi merangsang pemikiran berstruktur dan berfokus dalam kalangan murid. Penerangan KBAT adalah berfokus kepada empat tahap pemikiran seperti Jadual di bawah:
TAHAP PEMIKIRAN | PENERANGAN |
Mengaplikasi | Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan nilai dalam situasi berlainan untuk melaksanakan sesuatu perkara. |
Menganalisis | Mencerakinkan maklumat kepada bahagian kecil untuk memahami dengan lebih mendalam serta hubung kait antara bahagian berkenaan. |
Menilai | Membuat pertimbangan dan keputusan menggunakan pengetahuan, pengalaman, kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasi. |
Mencipta | Menghasilkan idea atau produk atau kaedah yang kreatif dan inovatif. |
Diharap perkongsian ini dapat melancarkan dan membantu para guru dan warga pendidik untuk menyediakan dokumen dan bahan persediaan sebelum sesi persekolahan bermula. Sila kongsikan kepada rakan-rakan dengan menekan butang share di bawah.