Melalui transformasi kurikulum, dokumen kurikulum turut disemak dan terhasilnya Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). DSKP Semakan Pendidkan Islam merupakan satu dokumen kurikulum yang lengkap bagi setiap tahun persekolahan, mengandungi penerangan kurikulum, lajur Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Islam dibina bagi memenuhi keperluan Pendidikan Islam secara holistik, bersepadu dan berkembang serta bersifat autentik selaras dengan keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diperkenalkan dalam sistem pendidikan negara.

Pendidikan Islam sekolah rendah memberi penekanan kepada konsep ilmu oleh Imam al-Ghazali. Ilmu dalam Pendidikan Islam merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai. Oleh itu, bagi memenuhi keperluan ilmu, kurikulum Pendidikan Islam dibangunkan merangkumi tujuh bidang iaitu:

  1. Al-Quran
  2. Hadis
  3. Akidah
  4. Ibadah
  5. Sirah
  6. Adab
  7. Jawi

Ilmu dari bidang-bidang tersebut yang merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai perlu disampaikan dengan berkesan melalui pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik yang lebih menarik.

KSSR Pendidikan Islam memberi fokus utama kepada tujuh bidang dalam Pendidikan Islam, iaitu al-Quran, Hadis, Akidah, Ibadah, Sirah, Adab, dan Jawi, seperti berikut:


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


  1. Bidang al-Quran: murid dibekalkan dengan kemahiran mempelajari al-Quran sehingga mereka dapat membaca dan menghafaz al-Quran dengan betul dan bertajwid, serta boleh merumuskan pengajaran serta istiqamah mengamalkannya dalam kehidupan harian.
  2. Bidang Hadis: murid dibekalkan dengan disiplin mempelajari ilmu Hadis sehingga mereka dapat mengamalkan tuntutan Hadis tertentu serta menghayati kepentingannya dalam kehidupan harian.
  3. Bidang akidah: murid dibekalkan dengan konsep asas akidah sehingga mereka boleh menjadikan ilmu aqidah sebagai asas dalam tindakan dan benteng dalam kehidupan.
  4. Bidang ibadah: murid dibekalkan dengan konsep asas ibadah sehingga mereka dapat mengamalkan konsep ibadah secara istiqamah dalam kehidupan harian.
  5. Bidang Sirah: murid dibekalkan dengan fakta sirah yang sahih sehingga mereka boleh merumuskan peristiwa sirah Rasulullah SAW dan mengaplikasikan iktibarnya dalam kehidupan harian sebagai bukti kecintaan kepada baginda melalui amalan sunnahnya.
  6. Bidang Adab: murid dibekalkan dengan konsep asas Adab Islamiyah sehingga murid dapat mengamalkan adab secara istiqamah dalam kehidupan harian.
  7. Bidang Jawi: murid dibekalkan dengan kemahiran menyebut, membaca dan menulis huruf-huruf jawi, suku kata, perkataan dan teks jawi sehingga murid boleh membaca, membina dan menulis ayat atau teks dalam tulisan jawi.

Kepada mereka yang memerlukan DSKP Pendidikan Islam KSSR Semakan boleh dapatkannya di sini:

DSKP diharapkan dapat membantu dan memandu guru untuk menyampaikan ilmu yang sahih dan melaksanakann proses p&p dengan berkesan serta dapat mengukur perkembangan murid secara lebih holistic dan autentik.

Semoga Pendidikan Islam diharapkan dapat membentuk murid-murid yang berilmu, beriman, berakhlak mulia, berketerampilan, bertanggungjawab, beramal soleh, dan bertakwa serta mampu mampu mengubah diri berperanan sebagai khalifah yang menyumbang kepada tamadun bangsa dan negara.