Beberapa hari lepas telah tersebar berita berkenaan Pengerusi Kumpulan Badan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE), Datin Noor Azimah Abdul Rahim yang mempertikaikan tindakan PPD Kuantan yang mewajibkan semua sekolah di daerah itu mengadakan solat berjemaah sebelum pulang ke rumah. Artikel yang asalnya dikeluarkan oleh Free Malaysia Today itu telah dikongsikan di media sosial dan beberapa blogger lain sehingga mendapat perhatian Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bagi menjawab isu tersebut, satu kenyataan media KPM telah dikeluarkan bertajuk: Amali Dalam Pendidikan Islam Bantu Murid Hayati Ajaran Islam.

solat berjemaah ppd kuantan

Berdasarkan kenyataan media yang bertarikh 3 Disember 2017 tersebut, terbukti bahawa pelaksanaan Solat berjemaah bukanlah menjadi kesalahan, bahkan ia juga merupakan salah satu strategi PdPc. Ini kerana dalam subjek Pendidikan Islam di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah kurikulum Pendidikan Islam memperuntukkan waktu khusus unutk aktiviti amali solat bagi membolehkan murid-murid menghayati atau mengamalkan ilmu yang dipelajari khususnya solat fardhu.

PdPc tidak semestinya wajib dilakukan di dalam kelas, ia juga boleh berlaku diluar kelas, apatah lagi berkenaan solat yang memerlukan pembelajaran secara amali dan praktikal.

Bukan di PPD Kuantan sahaja yang ada melaksanakan Solat Berjemaah ini, ia juga ada dibuat di sekolah-sekolah di negeri lain biarpun bukan sekolah agama. Pandangan ‘jangan jadikan sekolah kebangsaan sekolah agama’ perlu ditolak, kerana sememangnya Pendidikan Islam itu turut dipelajari di SK bukan terhad di Sekolah Agama sahaja, bahkan amalan solat berjemaah itu sebenarnya patut dijadikan ikutan di sekolah-sekolah lain.

 

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u
SILA KONGSIKAN KEPADA RAKAN-RAKAN DENGAN MENEKAN BUTANG DI BAWAH: