Home info Kenyataan Media KPM Isu Solat Berjemaah di Sekolah

Kenyataan Media KPM Isu Solat Berjemaah di Sekolah

85
4
WAJIB SOLAT DI SEKOLAH

Beberapa hari lepas telah tersebar berita berkenaan Pengerusi Kumpulan Badan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE), Datin Noor Azimah Abdul Rahim yang mempertikaikan tindakan PPD Kuantan yang mewajibkan semua sekolah di daerah itu mengadakan solat berjemaah sebelum pulang ke rumah. Artikel yang asalnya dikeluarkan oleh Free Malaysia Today itu telah dikongsikan di media sosial dan beberapa blogger lain sehingga mendapat perhatian Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bagi menjawab isu tersebut, satu kenyataan media KPM telah dikeluarkan bertajuk: Amali Dalam Pendidikan Islam Bantu Murid Hayati Ajaran Islam.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

solat berjemaah ppd kuantan

Berdasarkan kenyataan media yang bertarikh 3 Disember 2017 tersebut, terbukti bahawa pelaksanaan Solat berjemaah bukanlah menjadi kesalahan, bahkan ia juga merupakan salah satu strategi PdPc. Ini kerana dalam subjek Pendidikan Islam di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah kurikulum Pendidikan Islam memperuntukkan waktu khusus unutk aktiviti amali solat bagi membolehkan murid-murid menghayati atau mengamalkan ilmu yang dipelajari khususnya solat fardhu.

PdPc tidak semestinya wajib dilakukan di dalam kelas, ia juga boleh berlaku diluar kelas, apatah lagi berkenaan solat yang memerlukan pembelajaran secara amali dan praktikal.

Bukan di PPD Kuantan sahaja yang ada melaksanakan Solat Berjemaah ini, ia juga ada dibuat di sekolah-sekolah di negeri lain biarpun bukan sekolah agama. Pandangan ‘jangan jadikan sekolah kebangsaan sekolah agama’ perlu ditolak, kerana sememangnya Pendidikan Islam itu turut dipelajari di SK bukan terhad di Sekolah Agama sahaja, bahkan amalan solat berjemaah itu sebenarnya patut dijadikan ikutan di sekolah-sekolah lain.

 

4 COMMENTS

  1. Sy sgt2 bersetuju amalan solat berjemaah diwajibkan sebelum balik bg yg beragama islam.. Krn dgn ini mgkin tiadag murid yg tidak solat zohor..

  2. Satu lagi cadangan.alangkah baiknya pendidikan islam dijadikan mata pelajaran teras dlm upsr agar murid2 seimbang akademim dan rohani.barulah melahirkan insan yg seimbang ilmu dunia dan akhirat.jika dilihat dlm laporan pentaksiran upsr,pendidikan islam berada pd senarai terakhir seolah olah langsung tak penting berbanding pelajaran lain.

    • kalau jd mp dlm peperiksaan ia setakat nak lulus je belum tentu 100% penghayatan sebenar. eloklah penerapan sebegini. anak liat ibubapa pula ikut cakap anak itulah semuanya nak dilawan

  3. JOM pakat semua sekolah daerah dan negeri buat PROGRAM SOLAT BERJEMAAH bagi menyatakan sokongan atas usaha murni dalam zaman yang makin dangkal pemikiran manusia…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here