Susulan Kenyataan Media yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia semalam, perkhidmatan 1Bestarinet akan ditamatkan pada 30 Jun 2019.

Mulai 1 Julai 2019, perkhidmatan talian internet ke sekolah di seluruh Malaysia akan dibekalkan oleh 3 syarikat penyedia perkhidmatan internet iaitu Telekom Malaysia Berhad, Celcom Axiata dan Maxis Broadband Sdn. Bhd.

Sehubungan itu, dengan berakhirnya perkhidmatan 1BestariNet Fasa 2, KPM memutuskan untuk mengguna pakai pelantar pembelajaran Google Classroom (GC) bagi menggantikan Frog VLE.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Google Classroom ialah perkhidmatan web percuma yang dibangunkan oleh Google untuk sekolah-sekolah yang bertujuan untuk mempermudahkan membuat, mengedarkan dan mengukur tugasan dalam cara tanpa kertas. Tujuan utama Google Classroom adalah untuk menyelaraskan proses perkongsian fail antara guru dan pelajar.

Para guru menyambut baik perubahan ini, dan ramai yang sudah bersedia untuk menggunakan Google Classroom sebagai pembelajaran maya yang lebih mesra pengguna.

Beberapa persoalan yang timbul adalah, adakah Handphone Yes kena pulangkan? Adakah Sim Kad Yes akan berhenti berfungsi? dan Bagaimana pula dengan emel yes, adakah akan dihentikan?