Sejak 2012 1Bestarinet telah membantu KPM menyediakan talian dan aplikasi persekitaran virtual (VLE) kepada lebih 10 ribu sekolah di negara kita.

Selepas 7 tahun kontrak perkhidmatan itu akan ditamatkan pada 30 Jun 2019, dan mulai 1 Julai 2019, perkhidmatan talian internet ke sekolah akan dibekalkan oleh 3 syarikat iaitu, Telekom Malaysia Berhad, Celcom Axiata Berhad, dan Maxis Broadband Sdn. Bhd.

Perkhidmatan ini adalah bagi tempoh 6 bulan sehingga 31 Disember 2019, KPM akan memilih penyedia perhidmatan internet yang baharu bagi tempoh mulai 1 Januari 2020 selepas melakukan penilaian dan penambahbaikan yang diperlukan.

Selain itu, penggunaan Frog Vle juga akan digantikan dengan Google Classroom iaitu perkhidmatan web percuma yang dibangunkan oleh Google untuk sekolah-sekolah yang bertujuan untuk mempermudahkan membuat, mengedarkan dan mengukur tugasan dalam cara tanpa kertas.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Para guru berharap, perubahan ini akan meningkatkan lagi kelajuan internet di sekolah bagi membantu guru-guru menjalankan PdPc dan membuat kerja-kerja di atas talian.

Berikut adalah kenyataan Media Perkhidmatan Talian Internet di Sekolah:

 

Kontrak 1bestarinet ditamatkan