Sebelum ini ramai yang bertanya apa akan berlaku kepada akaun Frog Vle selepas 30 Jun 2019. Di mana kontrak 1Bestarinet akan tamat pada tarikh tersebut. 

Frog Asia telah pun membuat pengumuman berkenaan hal ini seperti berikut:

 

Frog VLE and Pelan Data Guru Akan Diteruskan Selepas 30 Jun 2019

Fasa 2 Projek 1BestariNet akan tamat pada 30 Jun 2019. Pihak kami telah mendapat banyak persoalan tentang akses Frog VLE selepas 30 Jun 2019. Pihak kami difahamkan berkemungkinan akan terdapat tempoh sehingga 6 bulan bagi pihak KPM membuka tender baharu untuk fasa seterusnya.

Sehubungan dengan itu, FrogAsia amat prihatin terhadap keadaan di mana semua sekolah-sekolah akan membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun.  Pihak kami juga amat menghargai segala usaha sekolah dalam mencipta dan memuatnaikan kandungan pengajaran dan pembelajaran dalam Frog VLE, serta keaktifan pihak sekolah dalam menggunakan pelantar ini dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dan membudayakannya di sekolah.

Frog VLE

Oleh itu kami dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa perkhidmatan Frog VLE masih berjalan dan tersedia seperti biasa selepas 30 Jun 2019. Semua pengguna masih boleh menggunakan username dan password masing-masing.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Seperti yang telah dirancangkan, pihak kami akan menerbitkan Pek Ulangkaji pada 1 Julai untuk semua sekolah (SK, SJK(C), SJK(T) dan SMK) yang mengandungi soalan dan kuiz untuk topik-topik yang meliputi pengajaran dan pembelajaran dari Januari sehingga Jun. Di antara subjek-subjek yang terlibat ialah:

–    Bahasa Melayu

–    Bahasa Inggeris

–    Matematik

–    Sains

Pek Ulangkaji adalah sebagai sumber tambahan kepada site yang terdapat dalam Boost yang meliputi semua subjek berdasarkan sukatan pelajaran.

Pelan Data Guru ( Telefon Mudah Alih Altitude)

Kami juga ingin memaklumkan bahawa guru-guru masih boleh menyimpan dan menggunakan telefon mudah alih Altitude dengan pelan data guru seperti sedia ada. Oleh itu, guru-guru masih boleh menggunakan perkhidmatan ini di dalam bilik darjah serta di rumah untuk mengakses Frog VLE seperti perkhidmatan sedia ada tanpa sebarang gangguan.

Sumber: https://www.frogasia.com/en/announcements

Diharap info ini dapat memberi pencerahan kepada guru-guru khususnya yang terkeliru dengan berita sebelum ini yang mana telefon yes perlu dipulangkan.

Guru juga masih boleh menggunakan Frog Vle di dalam kelas secara percuma, dan dalam masa yang sama boleh menggunakan Google Classroom