Ramai yang bertanya betul ke kena buat RPH semasa Perintah Kawalan Pergerakan?

Sebenarnya, ada 2 garis panduan telah dikeluarkan, pada mulanya ada disebut, penyediaan RPH mengikut pekeliling.

Kemudian garis panduan tersebut telah dikemaskini, guru hanya perlu menyediakan catatan ringkas pdp untuk dijadikan sebagai rujukan.

Tugas Guru Semasa Perintah Kawalan Pergerakan

5.2.1. Melaksanakan semua tugasan dari rumah dan tidak dibenarkan ke sekolah:

5.2.2. Membuat catatan ringkas PdP yang dijalankan sebagai rujukan

5.2.3. Merancang, menyedia dan menyampaikan bahan
PdP sesuai mengikut keupayaan murid;

5.2.4. Membimbing murid menggunakan medium komunikasi dan aplikasi yang boleh diakses oleh murid.

5.2.5. Memberi arahan/ tugasan/ kerja rumah melalui pelbagai strategi/ kaedah mengikut kreativiti guru serta menyampaikannya dengan menggunakan bentuk komunikasi dan aplikasi yang mudah diakses oleh murid; dan

5.2.6. Menggalakkan penggunaan kaedah pembelajaran berbantukan teknologi (secara dalam talian).

Tidak perlu rph


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Ini sebahagian dari Garis panduan semasa perintah kawalan pergerakan. Garis panduan penuh boleh rujuk: 

Garis Panduan KPM Semasa PKP

Tugas lbu bapa dan Murid

Memastikan murid mendapat maklumat berkaitan sesi PdP bersama-sama guru ataupun arahan/tugasan/ kerja rumah yang diberikan guru;

Mengakses EduwebTV (koleksi video) dan CikgooTube (perkongsian koleksi video daya usaha kreativiti guru) bagi membantu pembelajaran anak di rumah melalui http://eduwebtv.moe.edu.my dan http://bit.ly/cikqootube dan menyokong proses pembelajaran murid dalam tempoh PKP.

Menghubungi guru dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan keupayaan cara komunikasi bagi mendapat maklumat berkaitan proses PdP dan arahan/ tugasan/ kerja rumah yang perlu mereka selesaikan.

Menggunakan komunikasi dan aplikasi yang disediakan oleh guru atau yang diminta oleh guru. Peralatan dan saluran komunikasi seperti telefon, internet dan sebagainya tidak disediakan oleh guru.