Home info Dari segi kelantangan, guru wanita adalah juara

Dari segi kelantangan, guru wanita adalah juara

161
0

Kebiasaanya jika kita lihat di sekolah cikgu perempuan lebih ramai dari cikgu lelaki, kecuali di sekolah-sekolah pedalaman ada yang guru lelaki lebih ramai.

Cikgu perempuan selalunya disukai oleh murid-murid terutamanya di peringkat sekolah rendah. Mungkin kerana sifat keibuan itu ada pada cikgu perempuan. Tambahan lagi cikgu perempuan terkenal dengan sifat penyayang dan lemah lembut.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Namun begitu ada juga guru perempuan yang digeruni oleh murid-murid, bahkan mempunyai suara yang lantang dan kuat dari lelaki. Sekali jerit terkejut budak semua. Sesiapapun yang mendengarnya pasti akan terus diam tanpa suara.

Suara guru perempuan lantang dan bertenaga, ia satu kelebihan, dan dapat membuatkan murid-murid sentiasa fokus mendengar. Bayangkan kita yang duduk di bangunan lain pun boleh dengar suara mereka.

Tidak hairanlah jika ada sekolah-sekolah yang melantik Guru Perempuan sebagai Ketua Guru Disiplin.

Guru perempuan juga selalu dikaitkan dengan kekemasan dan kecantikan. Kemas dan rajin membuat kerja, serta sentiasa mematuhi peraturan. Komitmen yang diberikan patut diberikan pujian.

Namun begitu tidak dinafikan bukan semua guru mempunyai kelebihan seperti itu. Ada yang kelebihan dalam perkara lain. Ia menjadikan sekolah itu mempunyai kebolehan yang pelbagai.

Itulah cikgu, ada pelbagai jenis, masing-masing ada kelebihan mereka. Semoga guru-guru ini terus bersama menjadi guru yang memberi inspirasi kepada anak-anak murid mereka

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here