MENTERI KABINET MALAYSIA 2018

Kerajaan Pakatan Harapan secara rasminya telah membentuk kabinet Malaysia yang lengkap pada 2 Julai 2018 yang lalu. Senarai nama dan jawatan menteri yang dilantik ini juga telah dimasukkan ke dalam laman web www.kabinet.gov.my berserta dengan timbalannya.

Upacara angkat sumpah jawatan dan setiap serta sumpah simpan rahsia dijalankan di hadapan Yang Di Pertuan Agong Sultan  Muhammad V di Istana Negara.

 

Berikut adalah senarai penuh Jemaah Menteri dalam  Kabinet Malaysia 2018

  1. Perdana Menteri

YAB Tun Dr Mahathir Mohamad

  1. Timbalan Perdana Menteri

YAB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

  1. Menteri Dalam Negeri

YB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin

  1. Menteri Kewangan

YB Tuan Lim Guan Eng

  1. Menteri Pertahanan

YB Tuan Mohamad Sabu

  1. Menteri Pendidikan

YB Dr. Maszlee Malik

  1. Menteri Pembangunan Luar Bandar

YB Puan Rina Mohd Harun

  1. Menteri Hal Ehwal Ekonomi

YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali

  1. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

YB Puan Zuraida Kamaruddin

  1. Menteri Pengangkutan

YB Tuan Anthony Loke Siew Fook

  1. Menteri Komunikasi dan Multimedia

YB Tuan Gobind Singh Deo

  1. Menteri Sumber Manusia

YB Tuan M. Kulasegaran A/L V.Murugeson

  1. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

YB Dato’ Salahuddin Ayub

  1. Menteri Kesihatan

YB Dr. Dzulkefly Ahmad

  1. Menteri Belia dan Sukan

YB Tuan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

  1. Menteri Pembangnan Usahawan

YB Tuan Mohd Redzuan Md Yusof

  1. Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli

YB Dr. Xavier Jayakumar A/L Arulanandam

  1. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

YB Dato’ Saifuddin Nasution Ismail

  1. Menteri Kerja Raya

YB Tuan Baru Bian

  1. Menteri Luar Negeri

YB Dato’ Saifuddin Abdullah

  1. Menteri Industri Utama

YB Puan Teresa Kok Suh Sim

  1. Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim

YB Puan Yeo Bee Yin

  1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama)

YB Dato’ Dr. Mujahid Yusof

  1. Menteri Wilayah

YB Tuan Khalid Abd Samad

  1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang)

YB Datuk Liew Vui Keong

  1. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

YB Tuan Ignatius Dorell Leiking

  1. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya

YB Tuan Mohamaddin Ketapi

  1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial)

YB  Senator Tuan Waytha Moorthy A/L Ponnusamy

Berikut pula merupakan versi PDF

[pdf-embedder url=”https://www.pendidik2u.my/wp-content/uploads/2018/09/Kabinet-Malaysia-2018.pdf” title=”Kabinet Malaysia 2018″]

 

Info Grafik: Astro Awani

Menurut Pensyarah Universiti Malaysia Terengganu, Dr. Mohd Yusri Ibrahim barisan kabinet Malaysia 2018 ini memenuhi komposisi perwakilan kaum yang menyeluruh, adil dan munasabah.

Tambahnya lagi secara keseluruhan pembahagian jawatan menteri dan timbalan menteri adalah seperti berikut iaitu melayu atau bumiputera memiliki pecahan 68.8% penduduk mempunyai 68% jawatan dalam kabinet. Kaum cina yang mewakili 23.2% komposisi penduduk memiliki 24% jawatan dalam kabinet, kaum India yang membentuk 7% penduduk mempunyai 6% wakil. Manakala bangsa lain membentuk 1% penduduk mempunyai 2% kuota dalam kabinet.

Sama-sama kita fokus membangun negara dan Malaysia baharu yang lebih baik. Semoga info dan maklumat ini dapat membantu anda dalam mendapatkan maklumat yang tepat dan terkini.