Borang Rayuan Permohonan Ke Tingkatan 6 Sekolah Agama Berasrama Penuh (SBP) Kolej Islam Sultan Alam Shah (Kisas) Ambilan Murid STAM Tahun 2019.

Sukacita dimaklumkan bahawa PERMOHONAN RAYUAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 6 bagi Murid STAM Ambilan Tahun 2019 KISAS dibuka bermula pada 1 September 2018 sehingga 30 September 2018. URL untuk muat turun borang permohonan ke tingkatan 6 STAM di KISAS adalah seperti di bawah:

Borang Rayuan Kisas

Sila sertakan 1 salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan bersama borang permohonan.

  1. Keputusan spm
  2. Kad pengenalan
  3. Surat beranak
  4. Sijil-sijil kokurikulum
  5. Sijil Menengah Agama (SMA)

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah sampai sebelum atau pada 30 september 2018 ke alamat berikut :


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Pengarah,
Bahagian pendidikan islam, aras bawah dan 2,
Lot 2251, jalan usahawan 1,
63000 cyberjaya, selangor darul ehsan.
(u.p: sektor kemajuan sekolah agama)

Syarat kemasukan ke tingkatan 6 (STAM) Sekolah Menengah Agama Berasrama Penuh Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS)

  1. Warganegara malaysia.
  2. Lulus perperiksaan sijil pelajaran malaysia (spm)
  3. Memperolehi kepujian dalam bahasa melayu sekurang-kurangnya 6c.
  4. Memperolehi kepujian dalam bahasa arab tinggi sekurang-kurangnya 6c.
  5. Lulus kedua-dua matapelajaran berikut dan satu daripadanya sekurang- kurangnya 6c.
    I) pendidikan syariah islamiah
    Ii) pendidikan al-quran & as-sunnah
  1. Memperolehi agregat tidak melebihi 14 mata untuk tiga matapelajaran terbaik.
  2. Umur tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak melebihi 20 tahun pada tahun permohonan semasa.
  3. Keputusan sijil menengah agama (sma) sekurang-kurangnya jayyid jiddan
  4. Lulus ujian khas kelayakan (temuduga)
  5. Surat tawaran kemasukan ke tingkatan enam stam di kisas akan dihantar kepada pemohon yang berjaya melalui e-mel.