i-Akaun KWSP Semakan Penyata Online

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau EPF merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang menyediakan faedah persaraan serta menguruskan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai. Sekiranya anda adalah ahli atau majikan yang membuat caruman KWSP, anda wajar mengaktifkan sistem i-akaun. Mereka yang pernah epf login masuk melihat penyata pasti mengetahui kemudahan yang ada.

Pelbagai kemudahan dapat dinikmati adalah seperti berikut:

Kemudahan bagi Ahli:

  • Memohon e-Pengeluaran.
  • Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya.
  • Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran.
  • Menyemak maklumat penamaan.
  • Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan.
  • Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat.
  • Menyemak transaksi caruman KWSP terkini.
  • Menyemak log aktiviti i-Akaun.

Kemudahan bagi Majikan:

  • Menggunakan e-Caruman untuk:

– Penghantaran data Borang A dan bayaran.
– Penghantaran data Borang A sahaja.
– Penghantaran bayaran sahaja.
– Penyelesaian penghantaran CTML (e-CTML).

  • Menyemak nombor KWSP pekerja.
  • Mendaftar ahli baru KWSP.
  • Mengakses kalkulator syer dividen bagi majikan Kerajaan.
  • Menyemak transaksi caruman KWSP terkini adakah bertepatan dengan jadual caruman pekerja dan majikan.
  • Menyemak log aktiviti i-Akaun.

Cara Buat i-Akuan KWSP

Sebelum anda dapat masuk ke kwsp login, anda perlu mendapatkan ID Pengguna dan Kata laluan terlebih dahulu, terdapat 3 cara untuk mendapatkannya iaitu:

  1. Berurusan di Kaunter KWSP.
  2. Daftar di Kios KWSP.
  3. Menghubungi Pusat Perhubungan KWSP : 03-8922 6000 (Isnin – Jumaat, 8.00 Pagi – 6.00 Petang)

Jika anda tidak sempat untuk ke kaunter atau kios, anda boleh telefon sahaja no di atas, pihak perhubungan akan membantu anda mengaktifkan akaun epf online ini.

Setelah anda diberikan ID Pengguna dan Kata Laluan, anda boleh terus ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari Laman Web KWSP: www.kwsp.gov.my dan pergi ke menu Login Ahli.
  2. Masukkan ID Pengguna sementara yang diterima melalui SMS dan klik Teruskan.
  3. Masukkan kata laluan sementara yang diterima melalui SMS. Seterusnya klik “log in”.
  4. Kini anda tiba di halaman “Terma dan Syarat”. Sebaiknya, anda membaca terlebih dahulu semua terma yang ditetapkan.
  5. Pilih butang setuju dan klik seterusnya.
  6. Seterusnya, untuk langkah 5 hingga 8, anda akan mengisi maklumat di paparan berikut:
  7. ID Pengguna Sementara yang diterima melalui SMS akan terpapar di ruangan ID Pengguna. ID Pengguna boleh dipinda hanya semasa proses pengaktifan sahaja. ID Pengguna yang dipinda perlu mengandungi abjad sahaja atau nombor sahaja atau kombinasi abjad dan nombor, 8 – 16 aksara.
  8. Cipta Kata Laluan baru dan sahkan.
  9. Kata laluan mesti terdiri daripada 8 -20 aksara, kombinasi abjad dan nombor. Contoh kata laluan adalah: password123.
  10. Pilih Imej Online
  11. Isikan Frasa Rahsia dan klik Seterusnya.
  12. Frasa rahsia ini mengandungi abjad sahaja atau nombor sahaja atau kombinasi abjad dan nombor, maksimum 10 aksara. Akhir sekali, skrin pengaktifan berjaya akan dipaparkan seperti berikut.
  13. Ahli boleh terus login untuk menggunakan i-Akaun. Untuk Log masuk semula, anda hanya perlu log in ke laman utama KWSP

ID pengguna adalah unik dan digunakan untuk mengenalpasti akaun anda. ID ini juga tidak boleh ditukar. Ia diperlukan untuk login ke i-Akaun.

Sekiranya anda merupakan seorang majikan, menu yang perlu dipilih adalah di login majikan

Antara langkah-langkah yang dapat membantu anda melindungi ID Pengguna dan kata laluan adalah seperti berikut:

  • Jangan dedahkan ID Pengguna dan kata laluan kepada sesiapa
  • Jangan berikan ID Pengguna dan kata laluan anda melalui emel atau telefon
  • Tukar kata laluan secara berkala
  • Jangan gunakan fungsi “Remember Password”, kerana maklumat anda akan mudah diakses oleh penggodam komputer

Keluar atau ‘Log Out’ dari https://secure.kwsp.gov.my sebaik sahaja anda menyelesaikan aktiviti di i-Akaun.

Berikut panduan Pendaftaran Kali Pertama dalam bentuk PDF:

[pdf-embedder url=”https://www.pendidik2u.my/wp-content/uploads/2018/09/iakaun.pdf”]

Selain membuka di website, anda juga boleh memuat turun aplikasi i-akaun di Google Play dan App Store.

Bagi yang belum membuatnya, disarankan mengaktifkan akaun kwsp online ini, kerana ia akan memudahkan anda dalam menguruskan hal berkaitan KWSP, terutamanya untuk mendapatkan penyata KWSP secara online.

0 thoughts on “i-Akaun KWSP Semakan Penyata Online”

  1. Pingback: i-Suri Insentif Khas Kerajaan untuk Suri Rumah - Pendidik2u

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top