Bermula 15 Ogos 2018, suri rumah yang berdaftar dengan Sistem Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih) layak menikmati Program Sukarela Insentif (i-SURI). Melalui program ini, suri rumah berpeluang untuk menikmati social security yang berkualiti di samping meningkatkan jaminan keselamatan pendapatan. Dijangka sejumlah 359, 065 orang wanita yang elah mendaftar dalam sistem e-Kasih bakal menjadi kumpulan pertama yang menerima bantuan i-SURI.

Program ini dijalankan dalam 3 peringkat iaitu:

Peringkat 1 :

Peringkat 1 i-SURI bermula pada 15 Ogos 2018. Ahli i-SURI akan menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM 40.00 sebulan. Mereka juga perlu mencarum RM 5.00 sebulan sebagai  komitmen diri sendiri disamping memupuk amalan suka menabung di kalangan wanita.

Jumlah sumbangan yang akan diterima sepanjang tahun 2018 adalah sebanyak RM 200.00.

Peringkat 2 :

Peringkat kedua dijangka bermula pada tahun 2019. Kerajaan akan meningkat jumlah sumbangan menjadi RM 50.00 sebulan. Ini menjadikan jumlah sumbangan yang diterima oleh ahli i-SURI pada tahun 2019 adalah sebanyak RM 480.00. Sejumlah RM 10 daripada sumbangan setiap bulan akan disumbangkan ke akaun Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Peringkat 3 :

Peringkat ketiga pula dijangka bermula di awal tahun 2020. Proses meluluskan sumbangan 2% dari akaun suami ahli i-SURI. Ini kerana terdapat akta berkaitan KWSP perlu dipindah terlebih dahulu.

Manfaat i-SURI

Ahli i-SURI layak menerima manfaat sama seperti ahli KWSP yang lain. Antara manfaat tersebut adalah seperti berikut:

  1. Dividen tahunan
  2. Bantuan hilang upaya
  3. Bantuan kematian
  4. Pengeluaran simpanan
  5. Pelepasan cukai

Setiap manfaat ini tertakluk kepada semua syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP.

Syarat Kelayakan

Semua suri rumah yang mempunyai syarat-syarat berikut layak menerima bantuan i-SURI:


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


  1. Setiap pemohon adalah warganegara Malaysia
  2. Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)
  3. KIR Wanita yang terdiri daripasa balu, bercerai atau bujang
  4. Belum mencapai umur 60 tahun
  5. Mencarum sekurang-kurangnya RM 5.00 sebulan atau RM 60.00 setahun.

Kaedah Pembayaran Caruman

Setiap ahli i-SURI perlu membuat caruman peribadi sebanyak RM 5.00 sahaja bagi setiap bulan. Caruman ini boleh dibuat melalui tiga cara berikut:

  1. Suri rumah boleh membuat bayaran di mana-mana kaunter KWSP terdekat. Bayaran boleh dibuat dalam bentuk tunai atau cek.
  2. Selain bayaran tunai atau cek di kaunter KWSP, anda juga boleh menbuat caruman di kaunter-kaunter panel bank KWSP. Bank-bank tersebut adalah Maybank (MBB), Public Bank (PBB), Bank Simpanan Nasional (BSN) dan RHB Bank.
  3. Anda juga boleh membuat caruman secara pindahan internet. Namun, perkhidmatan ini hanya boleh dibuat melalui sistem online MBB dan PBB.

Semakan Kelayakan i-Suri

Sekiranya anda ingin membuat semakan, sama ada anda tersenarai di dalam Sistem boleh rujuk di laman berikut: https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
(Anda mungkin mengalami sedikit kesukaran untuk membuka laman web tersebut)

isuri

 

Saluran Pertanyaan

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan, anda boleh menghubungi talian berikut bagi mendapatkan maklum balas segera.

Layari web: www.kwsp.gov.my
Talian: 03-8922 6000 (Pusat Pengurusan Perhubungan)

Talian: 03- 8000 8000 (Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat)