Minit Curai merupakan salah satu daripada tindakan yang perlu diambil oleh pegawai yang telah menghadiri mesyuarat, khususnya mesyuarat di luar kawasan. Sebagai seorang guru, anda mungkin selalu menghadiri mesyuarat di luar sekolah seperti di PPD, di PKG atau di sekolah-sekolah lain.

Sebenarnya setiap kali kita telah pergi bermesyuarat atau taklimat di luar, kita sepatutnya membuat minit curai secepat mungkin, minit curai ini pula perlu diserahkan kepada Ketua Jabatan iaitu Pengetua / Guru-Besar.

Ini bertujuan supaya, segala maklumat yang telah kita terima, disampaikan kepada Ketua Jabatan, biarpun maklumat itu tidaklah berkaitan baginya atau dianggap tidak penting olehnya. Sekurang-kurangnya, apa yang telah kita tahu dia pun tahu, ia juga dapat mengelakkan berlaku salah faham atau keciciran maklumat.

Bagaimana Cara Membuat Minit Curai?

 

Minit curai sebenarnya tidaklah serumit minit mesyuarat, ia lebih ringkas dan padat. Di sini admin ingin kongsikan Contoh Minit Curai yang boleh anda ikut, ia berdasarkan format Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK). Kepada yang ingin melihat contohnya boleh rujuk pada PDF di bawah:

 

Contoh Minit Curai SPSK

Anda boleh muat turun dengan menekan butang ⇓ download di bawah pdf.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Borang Minit Curai mempunyai maklumat berikut:

  • Perkara
  • Tarikh
  • Rujukan Fail
  • Masa
  • Tempat
  • Anjuran
  • Kehadiran
  • Bil
  • Perkara/ Isu
  • Tindakan dan Makluman
  • Nama Pencatat
  • Tarikh Disediakan

Anda tidak perlu menulis semua perkara, hanya memasukkan perkara yang perlu disampaikan dan maklumat yang memerlukan tindakan susulan. Kenyataan juga hendaklah ditulis dengan ringkas dan mudah difahami tetapi tidak lari daripada maksud asal.

Bila perlu diserahkan Minit Curai?

Seeloknya ia diserahkan sejurus sahaja anda pulang dari mesyuarat atau taklimat, atau keesokkan harinya. Ia bagi mengelakkan kita terlewat untuk mengambil tindakan atau terlupa unutk menyampaikannya.

Seelokknya kita taip terlebih dahulu, dan buat salinan untuk simpanan dalam fail peribadi kita sendiri.

Semoga info dan panduan ini sedikit sebanyak dapat memberi pencerahan kepada anda dalam membuat minit curai mengikut format yang betul dan bersistematik. Jangan lupa untuk kongsikan kepada rakan-rakan lain.

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u