1. Adakah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan garis panduan berkaitan dengan pembukaan semula prasekolah?

Ya. Garis Panduan Pembukaan Semula Prasekolah telah disediakan untuk rujukan dan panduan pentadbir, guru, pembantu pengurusan murid dan ibu bapa / penjaga melibatkan kelas prasekolah / tabika / tadika Kerajaan serta swasta. Garis panduan ini boleh dimuat turun dari pautan berikut:

Garis Panduan Pembukaan Semula Prasekolah (Pdf)

2. Adakah pihak prasekolah / tabika / tadika boleh mewajibkan kehadiran murid?

Tidak. Kehadiran murid bergantung pada kesediaan ibu bapa / penjaga untuk menghantar mereka ke prasekolah / tabika / tadika.

3. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya ibu bapa / penjaga tidak bersedia untuk menghantar anak ke prasekolah / tabika / tadika?

Ibu bapa / penjaga hendaklah memaklumkan kepada pentadbir prasekolah / tabika / tadika.

4. Adakah murid dibenarkan membawa beg sekolah dan bekas makanan / minuman?

Tidak. Jika ada keperluan untuk transit, ibu bapa / penjaga perlu menyerahkannya terus kepada guru / Pembantu Pengurusan Murid (PPM).

5. Adakah ibu bapa / penjaga boleh membekalkan makanan kepada anak yang mempunyai alahan?

Ya, dengan kebenaran pentadbir dan diserahkan terus kepada guru / PPM.

6. Adakah perabot, bahan dan peralatan kelas prasekolah / tabika / tadika perlu disusun atur semula mengambil kira keperluan penjarakan sosial?


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


SOALAN LAZIM BERKAITAN GARIS PANDUAN PEMBUKAAN SEMULA PRASEKOLAH

Ya. Perabot hendaklah disusun semula berdasarkan keluasan ruang bilik darjah dan mematuhi penjarakan sosial.

7. Apakah kaedah yang boleh digunakan sekiranya prasekolah / tabika / tadika tidak mempunyai ruang yang mencukupi untuk menampung kehadiran semua murid mengambil kira keperluan penjarakan sosial?

Pentadbir boleh menyusun jadual kehadiran murid ke prasekolah / tabika / tadika berdasarkan kepada bilangan guru serta kapasiti sedia ada.

8. Adakah tadika swasta dibenarkan untuk menggunakan premis tambahan sekiranya ruang kelas tidak mencukupi untuk menampung jumlah murid selepas mengambil kira penjarakan sosial?

Ya. Pengusaha tadika swasta perlu mendapat kelulusan premis tambahan daripada Jabatan Pendidika n Negeri (JPN) menggunakan prosedur sedia ada.

9. Bagaimanakah Aktiviti Luar yang ditetapkan dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Semakan 2017) dilaksanakan?

Aktiviti Luar hanya boleh dilaksanakan di persekitaran kelas dengan mengamalkan penjarakan sosial.