Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan Pindaan Takwim Persekolahan 2020, dan terdapat perubahan cuti sekolah bagi tahun 2020 ini.
Perubahan pertama ialah, perubahan cuti pertengahan tahun yang asalnya 25 julai 2020 – 2 Ogos 2020, telah ditunda ke 20 – 25 Ogos 2020.


Iklan · Pautan afiliasi Shopee
Lihat printer Brother di Shopee
Sesi persekolahan juga akan dijalankan pada bulan Disember iaitu sehingga 18 Disember 2020. Ini bermakna cuti akhir tahun hanya ada 13 hari iaitu 19-31 Disember 2020.
Langkah pindaan takwim ini diambil kira berdasarkan tempoh kawalan pergerakkan yang menyebabkan sesi persekolahan terpaksa ditutup kerana penularan virus Covid-19.









