YAB Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan
Bersyarat (PKPB) akan berakhir pada 9 Jun 2020 dan akan digantikan dengan Perintah
Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 0gos 2020.

Sepanjang tempoh PKPP ini, semua perkhidmatan Kerajaan beroperasi sepenuhnya.
Memandangkan sekolah masih belum dibuka sepenuhnya, sistem penggiliran dan
bekerja dari rumah (WFH) masih diteruskan mengikut keperluan dengan mengambil kira
kebajikan penjawat awam sebagaimana Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam
Rujukan JPA.SARAAN(S)256/6/31 JLD.6(6) bertarikh 2 Mei 2020. Ketua Jabatan
hendaklah menggunakan kebijaksanaan dan tegas dalam perkara ini.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


kerja semasa pkpp

Bali menyokong ekonomi negara agar kembali berada di landasannya, saya menggesa
agar semua projek-projek pembangunan diteruskan dengan kadar segera. Bagi projek
yang benar-benar memerlukan lawatan tapak, aktiviti ini adalah dibenarkan dengan
mengamalkan kebiasaan baharu dan meminimakan bilangan peserta.

Mesyuarat dan bengkel juga dibenar untuk dianjurkan dengan mematuhi prosedur
keselamatan dan protokol kesihatan yang dikeluarkan oleh MKN dan KKM.

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang akan dikeluarkan oleh MKN termasuk
semua arahan oleh pihak berkuasa hendaklah dipatuhi.

Ketua-ketua Jabatan perlu memastikan semua SOP keselamatan dan kesihatan dipatuhi
sepenuhnya sepeRI melaksanakan saHngan suhu badan, mengamalkan penjarakan
sosial, memakai penutup muka dan menyediakan hand sanitizer.

DATUK SERI MOHD ZUKI BIN ALI
Ketua Setiausaha Negara
8 Jun 2020