Seperti mana yang kita sedia maklum keputusan UPSR 2017 akan keluar pada 23 November ini, dan sudah pasti ramai yang berdebar-debar menanti keputusan yang bakal diperolehi anak mereka.

Baca juga: Koleksi Soalan UPSR 2017

Bukan ibu bapa sahaja, guru-guru juga turut merasai debarannya kerana anak murid juga dianggap sebagai anak sendiri.

Berikut merupakan pesanan dari Menteri Pendidikan kepada pihak sekolah dan ibu bapa khasnya:

Kejayaan pelajar-pelajar dalam UPSR perlu diraikan secara keseluruhan dan bukan hanya untuk mereka yang cemerlang sahaja.

Sekolah tidak dilarang untuk menganjurkan majlis tetapi haruslah meraikan SEMUA pelajar yang terlibat dalam UPSR.

Pelajar-pelajar ini baru Tahun 6 dan SPM sebenarnya nantilah yang akan membuka laluan sama ada pergi ke laluan akademik di universiti, laluan teknikal di pelbagai institut dan sebagainya.

Penerimaan dan persepsi masyarakat perlu berubah apabila berhadapan dengan keputusan peperiksaan terutama bagi murid-murid yang masih dalam lingkungan usia muda atau kanak-kanak.

Kita raikan usaha mereka selama ini yang bermula dari pendidikan pra sekolah sehingga Tahun 6. Itu yang penting.

Ambil berat juga tentang pentaksiran selain penilaian akademik seperti kecergasan, disiplin dan amalan-amalan yang lain.
Setiap murid ada kelebihan dan kecenderungan masing-masing.


Semoga apa yang disampaikan oleh Dato’ Seri Mahdzir Khalid ini diambil perhatian oleh semua pihak.

Ingat murid perlu diberikan motivasi secara keseluruhan, jangan dibezakan murid yang 6A dan yang tidak mendapat 6A.

Ubah tradisi murid 6A mengangkat kad ‘Saya Murid 6A’ di atas pentas, sedangkan murid lain melihat dengan rasa kecewa tidak dihargai.

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u
SILA KONGSIKAN KEPADA RAKAN-RAKAN DENGAN MENEKAN BUTANG DI BAWAH: