Home Berita Tak belajar, cikgu suruh buat kerja sendiri

Tak belajar, cikgu suruh buat kerja sendiri

16
0

Subang Jaya – Seorang murid yang mahu dikenali sebagai Hanif memberitahu sekarang minggu-minggu terakhir ini tak belajar, cikgu suruh buat kerja sendiri. Dia kini selang seli datang ke sekolah kerana terasa bosan tidak ada apa di sekolah.

“Buat apa nak ke sekolah, bukan ada buat apa pun. Dahlah tak belajar, cikgu pun tak marah kalau ponteng. Tapi saya akan pergi juga sekolah, mungkin dalam tiga hari terakhir takut kalau ada apa-apa cikgu nak maklumkan.”

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

“Kalau ada aktiviti sukan sahaja baru dia akan ke sekolah, kerana seronok bermain bersama rakan-rakan, ” katanya ketika sedang berjalan-jalan di kedai sekitar ini.

Seorang lagi murid tahun 5 hanya mahu dikenali sebagai Azli berkata, jika ada aktiviti atau program makan-makan seperti jamuan kelas barulah dia akan ke sekolahnya terletak di Puchong, di sini.

“Bukan saya tak mahu pergi sekolah, memang tak ada buat apa pun. Hari-hari buat kerja sendiri di sekolah pun bosan juga. Bukan boleh pergi padang pun, kena duduk dalam kelas saja buat kami jemu dan bosan.

Tinjauan terhadap seorang murid tahun enam yang hanya mahu dikenali sebagai Intan berkata, ada guru yang masuk ke kelas, namun murid disuruh membuat kerja sendiri.

“Cikgu masuk kelas suruh keluarkan buku dan baca sendiri tanpa mengajar apa-apa. Manalah kami nak baca, lagipun Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dah habis, buat apa baca buku sekolah rendah lagi.

– Sinar Online

Kita tidak nafikan apa yang disebut oleh murid tersebut yang telah dibuat tinjauan oleh Sinar Online, namun sebenarnya terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlaku situasi tersebut.

Murid sebenarnya sudah set di dalam minda mereka, hujung tahun peperiksaan dah habis, 2 minggu terakhir adalah masa untuk main sahaja. Namun tidak semua seperti itu, masih ada juga yang ada semangat untuk belajar, sekurang-kurangnya membaca buku cerita atau majalah yang berfaedah.

Pelbagai aktiviti sebenarnya telah dirancang, namun tidaklah setiap hari ada, kerana guru-guru perlu menyiapkan banyak dokumen, fail murid, streaming kelas, dan sebagainya. Ada waktunya murid perlu dimasukkan ke kelas supaya mudah untuk guru-guru mengemaskini maklumat dan menyusun kedudukan kelas, memilih bakal pengawas.

Terdapat sesetengah sekolah yang masih lagi belajar, seperti di SJKC, murid dah mula belajar untuk tahun hadapan. Bahkan ada murid tahun 6 sudah mula belajar subjek Tingkatan 1.

Selain itu, terdapat juga sekolah yang membuat program agama seperti pecutan khatam, smart solat, kem pintar jawi dan MTQ peringkat sekolah.

Kemerosotan kedatangan murid bukan berlaku di tempat anda sahaja, bahkan rata-rata sekolah mengalami situasi ini. Tambahan pula, kehadiran murid sekarang secara online di APDM yang boleh dilihat terus di peringkat KPM.

Pergaulan murid bersama rakan itu juga sebenarnya adalah pembelajaran. Biarpun ia tidak berlaku secara formal, tetapi ia dipantau oleh guru di dalam kelas.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here