SPRM telah mencadangkan supaya subjek Rasuah dijadikan sebagai subjek wajib di sekolah, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, beliau telah berjumpa dengan Menteri Pendidikan supaya Subjek Rasuah ini juga diadakan peperiksaan.
Sikap membenci rasuah perlu ditanam sejak di bangku sekolah, supaya kebencian terhapap perkara itu tidak merebak apabila meningkat dewasa.
“Biar peringkat awal ditanam benci rasuah kerana kerana keadaan rasuah ketika ini amat membimbangkan,” katanya ketika berucap sebagai panel dalam Forum Permuafakatan SPRM-KPM 2018 di Dewan Seri Siantan, Perbadanan Putrajaya.
Tambahannya lagi, Mohd Shukri turut mendedahkan pelakuan rasuah yang merebak di sekolah turut membabitkan pelajar dan guru.
SUBJEK RASUAH DI SEKOLAH
“Ada kes guru meminta ‘anu’ atau seks daripada pelajar bagi membolehkan lulus peperiksaan. Ini amat mengejutkan.
“Malah ada juga kes pelajar memberi wang rasuah kepada rakan sekelas bagi membolehkan dilantik sebagai ketua kelas dan juga sokongan sebagai ketua pengawas.
“Kalau kecil-kecil macam ini sudah pandai bermain dengan duit, macam mana nak harap mereka jadi pemimpin satu hari nanti, kerana itu pentingnya didikan awal untuk benci rasuah diterapkan,” katanya.
Laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2017 dikeluarkan TI Februari lalu mendapati Malaysia mencatat penurunan daripada kedudukan ke-55 kepada kepada 62 daripada 180 negara.
Malaysia memperoleh markah 47 daripada 100 dalam ditetapkan TI. Walaupun berada pada kedudukan ketiga dalam kalangan 10 negara ASEAN, ia masih jauh terkebelakang dari segi markah.
SUMBER: Bharian