BATU PAHAT – Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senggarang bertuah kerana akan diberikan imbuhan jika mencatat kehadiran 100 peratus.
![]() |
Petikan Sinar Harian |
Pihak sekolah itu menawarkan sebanyak empat motosikal jenis SYM e-Bonus 110 bernilai RM13,600 yang menjadi buruan kira-kira 1,226 pelajar, selain menjadi galakan kepada mereka rajin ke sekolah.
Pengetuanya, A S Aziz Salem berkata, usaha ini adalah cetusan idea daripada Guru Penolong Kanan (GPK) Hal Ehwal Murid sekolah, Norasyidah Mohd Rasip yang mahukan pelajar tidak mengamalkan budaya ponteng.
Menurutnya, dalam masa sama ia akan dapat memenuhi kehendak Pengukur Indeks Prestasi (KPI) iaitu sebanyak 95 peratus kehadiran pelajar ke sekolah seperti yang ditetapkan Kementerian Pendidikan.
– Sinar Harian