Peraturan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) PISMP

    14
    0

    PERATURAN MENDUDUKI UJIAN KELAYAKAN CALON GURU (UKCG) PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN 2017

    Ujian UKCG

    Sebagai seorang bakal guru, anda mesti mempunyai perwatakan dan penampilan diri yang sesuai dengan profesion keguruan. Di sini digariskan peraturan yang perlu anda turuti sebagai persediaan untuk menduduki ujian tersebut. Kegagalan mematuhi arahan ini boleh menyebabkan anda dilarang daripada menduduki ujian. 
    Sila ambil perhatian dan tindakan kepada perkara- perkara berikut:
    1. Anda mestilah berpakaian kemas dan sesuai ketika menjalani UKCG seperti ketetapan berikut: 
    Penampilan dan pakaian lelaki:
    a) Seluar track bottom berwarna hitam/biru dan Tshirt putih yang berkolar. Seluar jeans tidak dibenarkan.
    b) Kasut sukan dan berstokin putih. Sandal atau selipar tidak dibenarkan.
    c) Berambut pendek, kemas, tidak mencecah kolar baju dan tidak diwarnakan.
    Penampilan dan pakaian perempuan:
    a) Seluar track bottom berwarna hitam/biru dan Tshirt hitam/gelap lengan panjang. Seluar jeans tidak 
    dibenarkan.
    b) Kasut sukan dan berstokin putih. Sandal atau selipar tidak dibenarkan.
    c) Tudung berwarna gelap/hitam
    d) Berambut kemas serta diikat rapi.
    A. SEMASA SESI UJIAN BERTULIS
    2. Sila bawa perkara-perkara berikut ke pusat ujian :
    a) Kad Pengenalan Diri/ MyKad dan Surat Beranak
    b) Surat Panggilan UKCG dan Slip Kehadiran yang dicetak melalui internet perlu diserahkan kepada Ketua 
    Pengawas/pengawas di pusat ujian
    c) Pensel 2B dan pemadam
    3. Bahan-bahan berikut tidak dibenarkan dibawa masuk atau keluar daripada bilik ujian
    a) Membawa masuk apa jua buku, kamus, telefon bimbit, alat perakam, kalkulator, kamera, kertas dan barang lain yang dilarang ke dalam bilik ujian.
    b) Membawa keluar buku soalan, kertas jawapan berkomputer atau kertas kira kasar pada bila-bila masa.
    4. Perbuatan berikut adalah dilarang semasa ujian:
    a) Meniru.
    b) Mengambil ujian untuk orang lain.
    c) Memberi atau menerima pertolongan semasa ujian.
    d) Membuat sebarang komunikasi (bercakap, berbisik, memberi isyarat dan sebagainya).
    e) Menyalin soalan sama ada secara menulis atau elektronik.
    5. Sila berada 30 minit lebih awal sebelum ujian dijalankan. Calon yang lewat semasa ujian tidak akan diberi masa tambahan untuk menduduki ujian. Calon yang lewat hadir selepas 10 minit ujian berlangsung tidak akan dibenar menduduki ujian.
    B. SEMASA SESI UJIAN KECERGASAN
    6. Pastikan anda telah menyerahkan Surat Akuan Calon (SAC01) yang dicetak melalui internet kepada pengawas yang bertugas.
    7. Sila patuhi arahan dari masa ke semasa daripada pegawai/pengawas yang terlibat.

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here