Home Berita Guru ditahan kerana komen jelik terhadap polis

Guru ditahan kerana komen jelik terhadap polis

6
0
KUALA LUMPUR – Seorang guru wanita ditahan polis gara-gara memuat naik komen yang mempunyai unsur-unsur menjelikkan terhadap polis di laman Facebook.
Guru kutuk polis

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, guru terbabit ditahan semalam pada jam 9.55 malam, di Sungai Buloh.
Menurutnya, rakaman percakapan telah dibuat di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komesial Bukti Aman sebelum dia dibebaskan.
“Guru berusia  37 tahun itu mengaku bersalah kerana menulis komen tersebut melalui peranti telefon bimbit miliknya sendiri.
“Sepanjang proses siasatan yang dijalankan, guru berkenaan memberikan kerjasama yang baik,” katanya.
Beliau berkata, polis telah merampas sebuah telefon bimbit berjenama Samsung, dua simkad dan memori kad.
Difahamkan, guru itu bertugas di sebuah sekolah di Shah Alam sebagai guru pendidikan khas.
Kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Sinar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here