Perkara yang selalu berlaku minggu pertama di sekolah:
Salah Tahun
Masih lagi tulis 2016, sedangkan sekarang dah 2017!
Salah Kelas
Sekolah yang besar, tiba-tiba kelas diubah, pening kita nak cari kelas.
Lupa Password
Lupa password ni memang selalu berlaku, bukan sahaja awal minggu sahaja, tapi sepanjang tahun..mana taknya banyak sangat benda nak login.
Video Adegan Hari Pertama Ke Sekolah
Kredit to SKKtv
Salah Baju
Hari ni selasa, salah pakai baju koko..malu balik rumah salin baju..
Budak Kata Kita Cikgu Baru
Yang ni memang kita angin, kita ajar dah bertahun, budak kata kita cikgu baru, budak lupa pasal kita cuti bersalin 3 bulan + cuti sekolah akhir tahun.. Haha
Parking Kena Ambil
Tempat yang kita selalu parking tahun lepas, kena ambil, rupanya cikgu baru lapor diri, haha.
Lupa Jalan Ke Sekolah
Yang ni jarang berlaku sebenarnya, tapi percayalah ada berlaku. Nak pergi sekolah pun guna waze.
Kawan Kata Kita Dah Kurus
Hah, ini memang trick diaorang, jangan terpedaya.
(Dilarang Copy Tanpa Kebenaran Pendidik2u)