APDM atau nama penuhnya Aplikasi Pangkalan Data Murid merupakan Laman Web yang sering dibuka oleh guru. Ia merupakan aplikasi di mana guru-guru mengisi maklumat murid, maklumat ibu-bapa, penjaga, kesihatan dan juga Kehadiran Murid serta beberapa maklumat penting yang lain lagi.
Beberapa tahun sebelum ini, data murid disimpan secara manual, sama ada di dalam buku kedatangan murid atau di dalam fail peribadi murid. Kini semua maklumat peribadi dimasukkan ke dalamnya secara Online, sebab itulah mereka yang menjadi guru kelas terpaksa berusaha gigih untuk melengkapkan maklumat murid, hari-hari login. Kini kita sudah masuk tahun 2017 dan banyak penambahbaikan telah dilakukan di dalam sistem ini.
Selain update maklumat murid di dalam, guru juga perlu login setiap hari untuk mengisi kehadiran murid, kerana kehadiran kini sudah di ‘link’ dengannya yang dipanggil sebagai eKehadiran. Jadi kalau nampak, cikgu tengah buka Smartphone di dalam kelas tu, mungkin sedang mengisi eKehadiran.
Bagaimana cara untuk Login APDM?
Mudah sahaja, untuk log masuk, anda boleh taip sahaja di Google. Namun kini mungkin tidak keluar bila anda cuba search, kerana KPM sudah keluarkan dari search engine google. Tetapi tidak mengapa boleh terus pergi pada Link Laman Web di bawah:
APDM Aplikasi Pangkalan Data Murid: https://apdm.moe.gov.my
(ID Pengguna dan Kata Laluan kena rujuk Guru Data.)
Sebab itu anda kena taip laman web penuh, apdm.moe.gov.my dan jangan lupa letak https:// di awalnya. Untuk lebih mudah lagi terus sahaja bookmark. Ada 1 lagi kaedah untuk login iaitu guna SSO, guna SSO atau Single Sign On ini admin dah huraikan juga sebelum ini, 1 password boleh login semua Aplikasi KPM.
Akaun Guru Kelas
Sekiranya anda merupakan seorang guru kelas, anda akan ada 1 akaun, kerana setiap hari anda perlu update kehadiran murid. Sekarang ni ada beberapa masalah untuk login kerana KPM sedang menaik taraf sistem, mungkin untuk tingkatkan security kerana terdapat serangan Virus Ransonware yang melanda lebih 150 buah negara.
Sekiranya anda tidak lepas nak buka, dan keluar paparan Your Connection Is Not Private, anda boleh klik sahaja ADVANCED, nanti dia akan keluar Proceed to apdm.moe.gov.my, anda klik link tersebut. Ia akan membawa anda website sebenar. Inilah cara untuk membuka buat masa ini, terutamanya yang pakai smartphone.
Mengapa perlu Update Maklumat Murid di APDM?
Sebenarnya perkara ini selalu diutarakan oleh guru-guru, Buku Kedatangan kena isi, secara online pun kena isi, manual pun kena isi. Maklumat gaji penjaga pun kena isi, maklumat dalam inilah digunakan untuk mengenalpasti murid-murid yang layak mendapat bantuan seperti, KWAPM, bantuan RM100, biasiswa, bantuan zakat dan sebagainya.
Namun yang memenatkan guru adalah Aku Bukan Robot, pada permulaan wujudnya I’m not robot ni ramai guru yang tertekan, setiap kali login kena selesaikan puzzle, perkara ini pun admin dah cerita pada post yang lepas. Ia sebenarnya untuk ‘security’, kerana banyak data penting dalam sistem tersebut. Mungkin kena guna ‘security’ yang lebih mesra pengguna lepas ni.
Sistem KPM Sentiasa Update
Apa yang guru-guru harapkan adalah, sistem online ini sentiasa di ‘upgrade’ terutamanya server KPM, kerana jumlah pengguna yang ramai, diharap mampu menampung quotanya termasuk juga aplikasi KPM yang lain-lain. Semoga guru-guru terus tabah dan berusaha gigih biarpun perlu melakukan 3, 4 kerja yang sama..
Apapun APDM tetap sistem yang terbaik yang sentiasa dikemaskini dengan penambahbaikan dari masa ke semasa.
Kenapa guru kelas yang selalu jadi mangsa? Kita tak dapat elaun guru kelas pun tapi kerja 2x lebih dari guru mata pelajaran. KPM tak boleh dapat maklumat murid dari Jabatan Pendaftaran dan Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing? Apa gunanya teknologi kalau guru-guru lebih dibebankan dengan mengisi maklumat yang sepatutnya JPN sendiri patut ada? Lepas APDM and PAJSK pulak.