Kementerian Pendidikan Malaysia telah diberi peruntukan sebanyak RM60.2 billion dalam Belanjawan 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan baru-baru ini. Jumlah ini lebih banyak daripada peruntukan dalam Belanjawan 2018 malah merupakan peruntukan yang terbesar pernah diterima oleh Kementerian Pendidikan setakat ini.

bajet 2019 pendidikan

12 Inisiatif bagi Pendidikan
Masa Hadapan Yang Lebih Baik

Melalui peruntukan ini, terdapat 12 inisiatif yang akan dilaksanakan secara langsung dalam bidang pendidikan pada tahun 2019. Inisiatif-inisiatif tersebut adalah seperti berikut:

  1. Dana bantuan pendidikan RM2.9 billion.
  2. RM652 juta naik taraf dan selenggara semua sekolah.
  3. Potongan cukai bagi penyumbang tabung selenggara sekolah kerajaan dan IPTA.
  4. Inisiatif bina semula sekolah daif termasuk dana RM100 juta.
  5. RM206 juta bagi program latihan di politeknik dan kolej komuniti.
  6. Dana Wibawa Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasiaonal (TVET) RM30 juta.
  7. RM20 juta bagi tingkatkan kompetensi belia melalui Program Bootcamp berkaitan TVET.
  8. RM400 juta memperkasa aktiviti penyelidikan di IPT.
  9. Geran padanan RM30 juta bagi Program Malaysia Partnership and Alliances in Research (MyPAIR).
  10. 8 billion bagi biasiswa dan pinjaman pelajaran menerusi pelbagai agensi.
  11. 5 juta bagi Malaysia Professional Accountancy Centre lahirkan 600 akauntan Bumiputera bertauliah.
  12. Lima trategi bagi PTPTN kekal mapan:
  • Pembayaran balik dengan cara potongan gaji berjadual antara 2% hingga 15% mengikut kemampuan peminjam yang berpendapatan melebihi RM1000 sebulan.
  • Pelepasan cukai kepada syarikat yang membantu menyelesaikan baki pinjaman PTPTN pekerja bagi tahun berakhir 2019.
  • Pelepasan cukai pendapatan individu bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dinaikkan daripada RM6000 kepada RM8000.
  • Potongan pinjaman kepada pelajar keluarga B40 yang mendapat keputusan kelas pertama.
  • Menghapus kira baki hutang kepada peminjam yang berusia 60 tahun dan ke atas dan berpendapatan kurang daripada RM4000 sebulan.

Peruntukan terbanyak adalah untuk biasiswa dan pinjaman pelajaran (Inisiatif 10) diikuti oleh dana bantuan pendidikan (Inisiatif 1).  Peruntukan tertinggi ini jelas sekali meringankan beban dan membuka peluang kepada rakyat untuk menimba ilmu di setiap peringkat pengajian khususnya di kalangan para pelajar yang berkelayakan tetapi kurang berkemampuan.

KPM diperuntukkan RM60.2 billion, bukti komitmen Kerajaan Pusat.Dengan peruntukan itu terdapat 12 inisiatif secara langsung yang akan dilaksanakan pada tahun depan.YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan dalam ulasannya kepada media di bangunan Parlimen sebentar tadi antara berkata, "ini merupakan peruntukan terbesar (dari segi peruntukan kepada kementerian), malah lebih besar berbanding tahun sebelum ini.""Dan, ini menunjukkan komitmen Kerajaan terhadap pendidikan, dan kita berada dalam landasan yang betul."Ini juga merupakan satu perkara yang menarik walaupun Kerajaan berada dalam usaha perbelanjaan berhemah dan berjimat cermat," kata beliau.kredit visual : RTM

Posted by Kementerian Pendidikan Malaysia on Jumaat, 2 November 2018

Menariknya, RM2 billion daripada peruntukan biasiswa dan pinjaman dikhususkan untuk pelajar Bumiputera tajaan MARA. Negara juga bakal menyaksikan bertambahnya bilangan akauntan Bumiputera bertauliah melalui peruntukan dalam Inisiatif 11.

Belanjawan kali ini juga membantu dalam menaik taraf dan membaikpulih infrastruktur sekolah dan IPTA melalui Inisiatif 2, 3 dan 4. Seterusnya, pemerkasaan bidang pendidikan teknikal dapat dicapai melalui peruntukan dalam Inisiatif 5, 6 dan 7.

Inisiatif ini menggalakkan institusi latihan seperti politeknik dan kolej komuniti untuk menawarkan program latihan yang kompetitif dan dapat memenuhi keperluan industri serta mempersiapkan belia dan graduan untuk menempuh alam pekerjaan.

Kerajaan juga tidak lepas pandang akan kepentingan penyelidikan di mana peruntukan dalam Inisiatif 8 menggalakkan penuntut pasca-siswazah dan tenaga akademik di IPTA untuk terus melaksanakan aktiviti penyelidikan.

Di samping itu, kerjasama antara IPTA dengan agensi tempatan dan antarabangsa dapat ditingkatkan dengan adanya peruntukan yang dinyatakan dalam Inisiatif 9.

Belanjawan 2019 juga menggariskan beberapa strategi agar peranan PTPTN dapat dikembalikan sebagai sebuah tabung pendidikan sekaligus menggalakkan pembayaran semula pinjaman, mengurangkan bebanan peminjam terdahulu dan menggalakkan kecemerlangan akademik peminjam semasa.

Kesimpulannya, belanjawan kali ini menunjukkan bidang pendidikan diberi keutamaan oleh pihak kerajaan walaupun negara kita sedang berdepan dengan cabaran ekonomi. Adalah diharapkan agar peruntukan dalam Belanjawan 2019 ini dapat dimanfaatkan dalam menjana pendidikan masa hadapan negara supaya menjadi lebih baik berbanding sebelumnya.

 

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u