Home info Ada Anak OKU? Jangan Lupa Mohon Pencen Terbitan

Ada Anak OKU? Jangan Lupa Mohon Pencen Terbitan

88
0
pencen untuk anak oku

Rasa Tak Tenang Memikirkan Masa Depan Anak OKU Kalian?

Penjawat Awam yang sedang berkhidmat dan Para Pesara Kerajaan yang sedang berehat, jangan biarkan perasaan ‘gundah gulana’ menyusutkan fikiran kalian, memikirkan persoalan di atas.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Sekiranya kalian pergi dulu, anak OKU kalian yang LAYAK, ‘boleh dipertimbangkan’ untuk menerima Pencen Terbitan (dibayar SETIAP Bulan!), sepanjang hayatnya.

Mengikut Seksyen 2 (b) Akta Pencen 1980, anak OKU ditafsirkan sebagai:

“Seorang anak yang tidak kira apa jua umurnya dan yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal dan yang tidak berupaya untuk menanggung dirinya sendiri dengan syarat anak itu adalah anak cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal sebelum anak itu mencapai umur dua puluh satu tahun”.

Kalau ada rakan pesara yang telah pergi dulu meninggalkan kita, ada anak OKU yang belum pernah memohon, silalah mohon.

Jangan risau, tiada tarikh luput untuk memohon!

Tetapi kalau anda sudah bersara dan belum memohon, mohonlah segera.

Mudah sahaja nak mohon. Caranya begini :

Isi borang JPA.BP.UMUM.B04, Borang Nombor 18, pada puatan ‘Senarai Borang’ melalui laman web www.jpapencen.gov.my

Cetak dan bawa borang ini bersama anak OKU berjumpa dengan DOKTOR PAKAR Kerajaan untuk dibuat penilaian dan pengesahan.

Walau pesara telah meninggal dunia, waris boleh bantu untuk bawa anak OKU berkenaan, lengkapkan borang, berjumpa DOKTOR PAKAR dan hantar borang.

Boleh hantar ke alamat berikut :

Jabatan Perkhidmatan Awam,
Bahagian Pasca Perkhidmatan,
Aras 5, Blok C2, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 Putrajaya, Malaysia

Tiada masalah, kami tetap akan semak dan proses.

Permohonan yang dihantar akan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Penetapan Anak OKU Tanggungan Pesara (JKACT), Jabatan Perkhidmatan Awam.

Para Panel dalam JKACT adalah dari Doktor-Doktor Pakar ‘Otai’ yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Boleh bertanya di ruangan komen atau PM di ‘Messenger Page FB’ ini kalau ada pertanyaan lanjut.

Tapi kena ingat juga, “TAK semua anak OKU yang ada Kad OKU, layak dapat pencen terbitan ini.”

FB Pasca Pekhidmatan JPA,

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here